PERUTUSAN KETUA PENGARAH KESELAMATAN KERAJAAN SEMPENA TAHUN BARU 2020

 

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Tahun 2019 telah menyaksikan cabaran-cabaran yang ditempuh oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) di mana penggunaan gajet-gajet teknologi maklumat yang meluas diibaratkan sebagai maklumat di hujung jari sering menyebabkan aktiviti negatif berlaku seperti penyebaran maklumat-maklumat palsu, pembocoran maklumat Rahsia Rasmi Kerajaan dan pelanggaran keselamatan yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada keselamatan Negara. Pejabat CGSO sedang mengkaji bagi menambahbaik Akta serta Peraturan sedia ada dan cabaran terbaru penglibatan penggubalan Akta Kebebasan Maklumat. Walau bagaimanapun, CGSO berjaya menangani isu-isu sebegini dengan amat baik sekali. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua warga CGSO.

Pada tahun 2020 ini, saya berharap semua warga CGSO dapat bersedia dengan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terkini dan relevan dengan senario semasa bagi menghadapi cabaran-cabaran mendatang. Marilah kita bersama-sama merapatkan ukhwah, mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan berganding bahu dalam meningkatkan imej CGSO agar setaraf dengan agensi-agensi keselamatan yang lain seterusnya memacu kecemerlangan CGSO.

Sekian, terima kasih.

Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh

"LINDUNGI ASET NEGARA"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATO’ SOLLEHUDDIN ALYUBI BIN ZAKARIA