VISI

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia pusat rujukan keselamatan perlindungan terunggul.

MISI

1. Meningkatkan kepakaran keselamatan perlindungan.

2. Memberi khidmat nasihat keselamatan perlindungan yang berkesan di agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan.

3. Memastikan pematuhan kepada Akta dan Peraturan Keselamatan Perlindungan.

4. Membudayakan keselamatan perlindungan kepada semua pelanggan.

5. Meminimakan pelanggaran keselamatan di agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan.

OBJEKTIF

Objektif penubuhan Pejabat KPKK ialah untuk menjadi pusat rujukan kepada semua isu berkenaan keselamatan perlindungan meliputi keselamatan fizikal, dokumen dan personel di samping menggubal, mengeluarkan dan menentukan dasar keselamatan perlindungan untuk dilaksanakan dengan sempurna.