BAHAGIAN KELENGKAPAN FIZIKAL DAN PENILAIAN TEKNIKAL

KAMI BERJANJI AKAN MEMBERI PERKHIDMATAN BERKUALITI SEPERTI BERIKUT:

Pengurusan permohonan penyewaan ruang pejabat disemak dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
Maklumbalas permohonan pemeriksaan ruang pejabat dikeluarkan dalam tempoh dua (2) hari bekerja selepas permohonan disemak.
Laporan penilaian ruang pejabat disedia dan dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas pemeriksaan dilaksanakan.
Pengurusan KadPas Keselamatan (Kad Pengenalan Jabatan / Kad Pelantikan /Kad Kuasa) disemak dalam tempoh tiga (3) hari bekerja .
Maklumbalas dikeluarkan dalam tempoh dua (2) hari bekerja selepas permohonan disemak.
Khidmat nasihat disedia dan dikemukakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas maklumbalas dikeluarkan.
Pengurusan Akreditasi Keselamatan Persidangan disemak dalam tempoh dua (2) hari bekerja .
Maklumbalas dan perbincangan dikeluarkan dalam tempoh dua (2) hari bekerja selepas permohonan disemak.
Menentukan reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan kadpas persidangan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
Membantu memproses pengeluaran dan kawalan kadpas persidangan sekurang-kurangnya dalam tempoh lima (5) hari sebelum persidangan bermula sehingga persidangan selesai.
Permohonan Penilaian Teknikal Perkhidmatan Kawalan Keselamatan disemak dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
Semakan profil, penilaian laporan prestasi dan maklumat sokongan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan disemak.
Menyedia dan mengeluarkan laporan penilaian teknikal dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas maklumbalas dikeluarkan.
Maklumbalas Khidmat Nasihat Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
Maklumbalas Khidmat Nasihat Kelengkapan / Peralatan Keselamatan dikeluarkan dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
Menjalankan lawatan tapak, tinjauan, perbincangan atau pemeriksaan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
Menyedia dan mengeluarkan laporan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas lawatan tapak, tinjauan, perbincangan atau pemeriksaan dijalankan.

Tarikh Akhir Kemaskini: 21-02-2017