BAHAGIAN KESELAMATAN ICT DAN RAHSIA RASMI

KAMI BERJANJI AKAN MEMBERI PERKHIDMATAN BERKUALITI SEPERTI BERIKUT:

Mengeluarkan surat pemeriksaan pusat data empat belas hari sebelum pemeriksaan dijalankan.
Menyediakan dan mengeluarkan laporan terhadap pemeriksaan pusat data dalam tempoh empat belas (14) hari
Mengeluarkan surat pemeriksaan rahsia rasmi dalam tempoh empat belas hari sebelum pemeriksaan dijalankan.
Menyediakan dan mengeluarkan laporan terhadap pemeriksaan rahsia rasmi dalam tempoh empat belas (14) hari.
Menyeleraskan dan mengatur Program Kesedaran Keselamatan Pengurusan Maklumat dalam tempoh dua puloh hari dari tarikh permohonan.
Memberikan khidmat nasihat tatacara pengelasan dan pengelasan semula dokumen rahsia rasmi dalam tempoh sepuluh hari dari tarikh permohonan diterima.
Mengedarkan buku arahan keselamatan serta garis panduan pengurusan rahsia rasmi dalam tempoh lima (5) hari setelah terima permohonan.

Tarikh Akhir Kemaskini: 21-02-2017