PUSAT LATIHAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN MALAYSIA

KAMI BERJANJI AKAN MEMBERI PERKHIDMATAN BERKUALITI SEPERTI BERIKUT:

Mengadakan Program Latihan Keselamatan Perlindungan sekurang-kurangnya 80 % daripada program yang dirancang pada setiap tahun.

Memastikan status penerimaan calon peserta kursus / latihan dimaklumkan kepada pemohon selewat-lewatnya 3 hari bekerja sebelum tarikh kursus / latihan.

Memastikan bahan dan kelengkapan kursus berfungsi dengan baik sehari sebelum program kursus berjalan.

Memastikan sijil kursus dikeluarkan sehari sebelum tamat kursus.

Memastikan permohonan untuk mengadakan kursus anjuran bersama diproses 1 minggu sebelum tarikh kursus/latihan berjalan.

Memastikan modul dan penceramah kursus dimaklumkan kepada pemohon selewat-lewatnya 5 hari bekerja sebelum tarikh kursus / latihan.

Mengadakan Program Kursus Kemahiran Pegawai sekurang-kurangnya 80 % daripada program yang dirancang pada setiap tahun.

Memastikan status penerimaan calon peserta kursus / latihan kemahiran pegawai dimaklumkan kepada pemohon selewat-lewatnya 3 hari bekerja sebelum tarikh kursus /latihan.

Memastikan bahan dan kelengkapan kursus berfungsi dengan baik sehari sebelum program kursus berjalan.

Menyediakan sijil kursus sehari sebelum tamat kursus.

Memastikan permohonan untuk mengadakan ceramah/taklimat diproses 1 minggu sebelum tarikh ceramah/taklimat.

Memastikan penceramah untuk ceramah/taklimat dimaklumkan kepada pemohon selewat-lewatnya 5 hari bekerja sebelum tarikh ceramah/taklimat dijalankan.

Melaksanakan 11 peperiksaan Perkhidmatan (Skim KP11 – KP41)

Menggubal dan menentukan sukatan peperiksaan Perkhidmatan.

Mengedarkan Jadual Peperiksaan Perkhidmatan ke semua jabatan dan agensi kerajaan selewat-lewatnya minggu ke dua bulan Januari setiap tahun.

Mengedarkan surat arahan peperiksaan kepada calon-calon dalam tempoh 10 hari bekerja sebelum tarikh peperiksaan

Melulus dan mencetak soalan-soalan peperiksaan Perkhidmatan selewat-lewatnya 2 hari sebelum peperiksaan.

Mengedarkan semua keputusan peperiksaan kepada calon-calon selewat-lewatnya 1 bulan selepas keputusan diluluskan oleh panel.

Tarikh Akhir Kemaskini: 21-02-2017