BAHAGIAN INSPEKTORAT PEMATUHAN DAN PENGIKTIRAFAN

KAMI BERJANJI AKAN MEMBERI PERKHIDMATAN BERKUALITI SEPERTI BERIKUT:

Mengeluarkan surat untuk menjalankan inspektorat penuh dan susulan empat belas (14) hari sebelum inspektorat dilaksanakan;
Menyediakan laporan penemuan awal inspektorat pada hari yang sama pemeriksaan dijalankan;
Menyedia dan mengeluarkan laporan lengkap Inspektorat penuh, susulan dan mengejut dalam tempoh dua puluh (20) hari bekerja selepas dari tarikh pemeriksaan dijalankan;
Memastikan laporan pelanggaran keselamatan perlindungan disediakan kepada pihak yang berkaitan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas siasatan bagi Semenanjung Malaysia dan 14 hari bekerja bagi Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan;
Memberi khidmat nasihat dan perbincangan berkenaan inspektorat keselamatan perlindungan kepada setiap Jabatan/Agensi Kerajaan yang dilawati semasa inspektorat penuh, susulan dan mengejut dilaksanakan;
Memantau dan menjalankan inspektorat susulan ke atas Jabatan/Agensi yang berada pada tahap tidak memuaskan selepas tempoh 6 bulan.
Menjalankan inspektorat susulan selanjutnya ke atas Jabatan/Agensi yang masih berada pada tahap tidak memuaskan selepas 2 bulan dan seterusnya sehingga ke tahap memuaskan.

Tarikh Akhir Kemaskini: 21-02-2017