BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

KAMI BERJANJI AKAN MEMBERI PERKHIDMATAN BERKUALITI SEPERTI BERIKUT:

Memproses permohonan menghadiri kursus pegawai dan kakitangan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
Memastikan semua pegawai/kakitangan menghadiri kursus sekurang-kurangnya tujuh (7) hari setahun
Memproses permohonan cuti pegawai dan kakitangan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja
Menyelesaikan proses penempatan pegawai dan kakitangan baru dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh melapor diri
Mengurus penyelenggaraan peralatan pejabat, perabot dan kenderaan Pejabat KPKK supaya sentiasa berada dalam keadaan sedia untuk digunakan pada setiap masa.
Mengurus pendaftaran dan penyimpanan fail mengikut tatacara pengurusan fail/dokumen rasmi kerajaan yang berkuatkuasa
Memproses Permohonan Pelupusan Aset dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh laporan Lembaga Pelupusan diterima.
Mengurus permohonan hapuskira dalam tempoh 6 bulan dari tarikh Laporan Awal di terima.
Mengurus Pendaftaran dan Pelabelan Aset dalam tempoh empat belas (14) hari selepas penerimaan bagi 1 penghantaran.
Membuat pemeriksaan pada hari yang sama terhadap aduan kerosakan kecil yang diterima dan dibaiki dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
Mengeluarkan Pesanan Kerajaan (Bekalan) yang diterima dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
Memanjangkan permohonan Waran Perjalanan Udara Awam setelah menerima tempahan tiga (3) hari selepas penerimaan permohonan.
Memproses Permohonan Kelulusan Berbelanja bagi mengadakan program di luar ibu pejabat yang diterima dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja untuk dipanjangkan ke Pentadbiran Am.
Memproses semua tuntutan bil, tuntutan perjalanan dan tuntutan lebih masa yang diterima dalam tempoh tujuh (7) hari.
Memproses Permohonan Pinjaman/Pembiayaan Kenderaan, Pembiayaan Komputer, Pembiayaan Keahlian Kelab Rekreasi dan Sukan, Elaun Perjalanan Kenderaan Kelas 'C', Permohonan Pendahuluan Diri dan Elaun Pakaian Panas yang diterima dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
Menyelesaikan aduan pengguna dalam tempoh tiga (3) hari jika tidak melibatkan sebarang penggantian dan dua (2) minggu bagi pembaikan yang memerlukan penggantian peralatan.
Menyelenggara dan mengemaskini Portal Rasmi CGSO setiap hari.

Tarikh Akhir Kemaskini: 21-02-2017