KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

KAMI BERJANJI AKAN MEMBERI PERKHIDMATAN BERKUALITI SEPERTI BERIKUT:

Memberikan khidmat nasihat berkaitan keselamatan perlindungan meliputi keselamatan fizikal, dokumen dan personel kepada pelanggan dalam tempoh 1 hari bekerja selepas menerima pertanyaan;
Memberikan perkhidmatan sokongan kepada stakeholders dan pelanggan secara responsif, cepat dan berintegriti tidak lewat daripada 3 hari bekerja;
Menjalankan pemeriksaan terhadap sistem-sistem keselamatan perlindungan yang ada di Kompleks C, D dan E, yang meliputi sistem CCTV, Kad Akses dan Boom-gate sekurang-kurangnya 2 minggu sekali;
Menjalankan pemeriksaan operasi perkhidmatan kawalan keselamatan dibawah kawalan Bahagian sekurang-kurangnya 1 kali setiap seminggu;
Memproses permohonan Pas Keselamatan dan Kad Akses dalam tempoh 1 hari bekerja dari tempoh permohonan diterima;
Mengeluarkan surat penggilan mesyuarat 14 hari sebelum mesyuarat dijalankan;
Menyediakan dan mengeluarkan minit mesyuarat dalam tempoh 7 hari dari tarikh mesyuarat;
Menyediakan dan mengeluarkan surat untuk menjalankan pemeriksaan keselamatan perlindungan 14 hari sebelum pemeriksaan dijalankan;
Menyediakan dan mengeluarkan laporan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pemeriksaan dijalankan.

Tarikh Akhir Kemaskini: 21-02-2017