baner
Home Maklumat Korporat Latar Belakang
w w w w large small default
STAFF CGSO PENJAWAT AWAM sasaran penting AWAM pusat latihan
Latar Belakang

Pegawai Keselamatan Kerajaan telah dilantik untuk bertanggungjwab kepada Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri melalui terma rujukan Pegawai Keselamatan Kerajaan bertarikh 15 Jun 1957 dan "Confidential General Circular No. 1, of 1958, Goverment Security Officer, Federation of Malaya". Tugas utama jawatan ini ialah memberi khidmat nasihat keselamatan perlindungan kepada Kerajaan Negeri, Kementerian, Jabatan dan agensi kerajaan dengan tujuan untuk membantu mengekalkan tahap keselamatan fizikal, keselamatan dokumen dan keselamatan personel di semua agensi kerajaan yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa bagi melindungi terhadap espionaj dan sabotaj serta daripada kebocoran maklumat tanpa kebenaran daripada semua Jabatan dan agensi Kerajaan. Pejabat ini telah berpindah ke Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri apabila kementerian tersebut di tubuhkan pada awal tahun 1960an. Pejabat ini telah sekali lagi berpindah semula ke Jabatan Perdana Menteri mulai pada 1 Januari 1977 hinggalah sekarang untuk melaksanakan semula tugas dan tanggungjawab berkaitan keselamatan perlindungan seperti mana di tetapkan.

Berikut adalah penyandang Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia

NAMA

TAHUN
En. Gurchan Singh 1957 - 1965
En. J.B.R Moorthy

1965 - 1979

En. Ismail Routin bin Ibrahim 1979 - 1985
En. Michael Ong Cheng San 1985 - 1990
En. Mokhtar Bin Ahmad 1991 - 1996
Dato' Hj Wan Mohd Safiain bin Hj Wan Hassan 1996 - 2002
En. Mahmood Bin Adam 2003 - 2006
Dato' Haji Johari Bin Haji Jamaluddin 2006  hingga kini
 

RAHSIAKAN RAHSIA KERAJAAN
Dasar Keselamatan |Dasar Privasi |
Peta Laman

PENAFIAN:

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Dibangunkan & diselenggara oleh Unit ICT CGSO

Hakcipta Terpelihara 2009 @ Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia

Sesuai dipapar menggunakan Mozilla Firefox 3.0 ke atas pada resolusi 1024 * 768