baner
Home Maklumat Korporat Perutusan Ketua Pengarah
w w w w large small default
STAFF CGSO PENJAWAT AWAM sasaran penting AWAM pusat latihan



Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Kemajuan dan ledakan Teknologi Maklumat yang serba pantas dan canggih dalam era globalisasi merupakan cabaran dan ancaman yang kian rumit
kepada Sistem Keselamatan Perlindungan. Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (KPKK) komited dan sentiasa peka terhadap kemajuan, perkembangan serta perubahan yang berlaku. Sebagai agensi yang bertanggunjawab terhadap sistem keselamatan perlindungan, pejabat ini sentiasa berusaha untuk memastikan dasar, arahan dan peraturan untuk melindungi maklumat rahsia rasmi dan aset kerajaan dipatuhi sepenuhnya oleh setiap Ketua Jabatan, penjawat aawam atau mereka yang diberikan kebenaran menguruskannya.

Portal Pejabat KPKK yang telah dilancarkan semenjak 02 Januari 2004 adalah salah satu usaha berterusan untuk penyebaran, perkongsian sumber maklumat dan rujukan keselamatan perlindungan. Semoga usaha ini dapat membantu untuk meningkatkan kesedaran dan menanam sikap bertanggungjawab mengutamakan  serta membudayakan keselamatan perlindungan untuk melindungi maklumat rahsia rasmi dan aset kerajaan.

Saya berharap Portal ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua peringkat penjawat awam dan mereka yang terlibat dalam urusan rasmi kerajaan. Saya amat mengalu-alukanh pandangan dan teguran membina daripada pengguna untuk penambahbaikan bagi memantapkan lagi pengurusan maklumat keselamatan perlindungan dan segala kemudahan yang tersedia

Sekian, terima kasih jua. Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh

”RAHSIAKAN RAHSIA KERAJAAN”

DATO' HJ JOHARI BIN HJ JAMALUDDIN
KETUA PENGARAH KESELAMATAN KERAJAAN
PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN

 

RAHSIAKAN RAHSIA KERAJAAN
Dasar Keselamatan |Dasar Privasi |
Peta Laman

PENAFIAN:

Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Dibangunkan & diselenggara oleh Unit ICT CGSO

Hakcipta Terpelihara 2009 @ Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia

Sesuai dipapar menggunakan Mozilla Firefox 3.0 ke atas pada resolusi 1024 * 768