PUTRAJAYA, 11 Mac 2026 – Satu sesi Mesyuarat Penyelarasan Program Kampung Angkat Madani (KAM) Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri telah diadakan bagi membincangkan cadangan kerja pembangunan di Kampung Tenai Ayer Gelugor, Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan W.Husbi bin W.Mohd, Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan ini memberi tumpuan kepada asas perancangan fizikal dan prasarana bagi memastikan objektif Kampung Angkat MADANI dapat direalisasikan.
Kehadiran rakan strategik daripada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Tampin amat dihargai dalam memberikan input serta pandangan teknikal. Delegasi tersebut diketuai oleh Encik Mohd Asri bin Md Yusof, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Bahagian Pembangunan; Encik Mohd Rashid bin Kassim, Penghulu, Unit Pembangunan Masyarakat; Encik Ismail bin Md Lajis, Penolong Jurutera, Unit Pembangunan Fizikal; serta Encik Fasrizzulnizam bin Mohamad Yahya, Pembantu Khidmat Am, Unit Pembangunan Masyarakat.
Melalui pertemuan ini, sinergi padu antara CGSO dan PDT Tampin diharapkan dapat memudah cara segala urusan perancangan, seterusnya memastikan agenda pemerkasaan komuniti di Kampung Tenai Ayer Gelugor berjalan lancar demi manfaat penduduk setempat.
𝟗 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚 – YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, telah menyempurnakan Majlis Perjumpaan Bersama Warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sini, hari ini.
Dalam majlis tersebut, YAB Perdana Menteri menzahirkan penghargaan setinggi-tingginya atas komitmen luar biasa jentera KPDN yang berjaya melaksanakan sebanyak 1,898 siri Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di seluruh negara sepanjang Ramadan ini. Beliau turut memuji dedikasi serta kesabaran para petugas dalam memastikan usaha meringankan beban kos sara hidup rakyat terus diperkukuh.
Sebagai rekod, sebanyak 25,708 siri PJRM telah dilaksanakan sepanjang tahun 2025 dengan penglibatan lebih 27.5 juta transaksi pembelian. Kerajaan juga bakal mengadakan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dalam masa terdekat bagi merangka Pelan Tindakan Kos Sara Hidup 2026–2030, selari dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) dan Kerangka Ekonomi MADANI.
Hadir sama ke majlis ini secara dalam talian ialah YBrs. Tuan W. Husbi bin W. Mohd, Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan, barisan Pengurusan Tertinggi Jabatan Perdana Menteri (JPM), Ketua-ketua Jabatan serta Pengarah Bahagian CGSO dan warga JPM.
Kumpulan Pelaksanaan: SPM/ SVM/ SPM& SKM KEKOSONGAN: 187 SIMPANAN: 561 (SEMENANJUNG) KEKOSONGAN: 4 SIMPANAN: 10 (SABAH) KEKOSONGAN: 7 SIMPANAN: 10 (SARAWAK) Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut : spa.gov.my/syarat-permohonan/spm-svm/pembantu-keselamatan-gred-kp1
PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP1 Tarikh tutup permohonan : 12 MAC 2026 (KHAMIS) 11:59 MALAM Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di Bawah : spa9.spa.gov.my/login Sekian, terima kasih.
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈, 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀, 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈
PUTRAJAYA, 11 Mac 2026 – Satu sesi Mesyuarat Penyelarasan Program Kampung Angkat Madani (KAM) Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri telah diadakan bagi membincangkan cadangan kerja pembangunan di Kampung Tenai Ayer Gelugor, Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan W.Husbi bin W.Mohd, Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan ini memberi tumpuan kepada asas perancangan fizikal dan prasarana bagi memastikan objektif Kampung Angkat MADANI dapat direalisasikan.
Kehadiran rakan strategik daripada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Tampin amat dihargai dalam memberikan input serta pandangan teknikal. Delegasi tersebut diketuai oleh Encik Mohd Asri bin Md Yusof, Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Bahagian Pembangunan; Encik Mohd Rashid bin Kassim, Penghulu, Unit Pembangunan Masyarakat; Encik Ismail bin Md Lajis, Penolong Jurutera, Unit Pembangunan Fizikal; serta Encik Fasrizzulnizam bin Mohamad Yahya, Pembantu Khidmat Am, Unit Pembangunan Masyarakat.
Melalui pertemuan ini, sinergi padu antara CGSO dan PDT Tampin diharapkan dapat memudah cara segala urusan perancangan, seterusnya memastikan agenda pemerkasaan komuniti di Kampung Tenai Ayer Gelugor berjalan lancar demi manfaat penduduk setempat.
#TaatSetia
#CGSO
#JPM
#JabatanPerdanaMenteri
#aktarahsiarasmi1972
#ArahanKeselamatan
#MalaysiaMadani
#RahsiakanRahsiaKerajaan
#KampungAngkatMadani
#SantuniMADANI
#MADANIBekerja ... See MoreSee Less
0 CommentsComment on Facebook
𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 (𝐊𝐏𝐃𝐍)
𝟗 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚 – YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, telah menyempurnakan Majlis Perjumpaan Bersama Warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sini, hari ini.
Dalam majlis tersebut, YAB Perdana Menteri menzahirkan penghargaan setinggi-tingginya atas komitmen luar biasa jentera KPDN yang berjaya melaksanakan sebanyak 1,898 siri Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di seluruh negara sepanjang Ramadan ini. Beliau turut memuji dedikasi serta kesabaran para petugas dalam memastikan usaha meringankan beban kos sara hidup rakyat terus diperkukuh.
Sebagai rekod, sebanyak 25,708 siri PJRM telah dilaksanakan sepanjang tahun 2025 dengan penglibatan lebih 27.5 juta transaksi pembelian. Kerajaan juga bakal mengadakan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dalam masa terdekat bagi merangka Pelan Tindakan Kos Sara Hidup 2026–2030, selari dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) dan Kerangka Ekonomi MADANI.
Hadir sama ke majlis ini secara dalam talian ialah YBrs. Tuan W. Husbi bin W. Mohd, Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan, barisan Pengurusan Tertinggi Jabatan Perdana Menteri (JPM), Ketua-ketua Jabatan serta Pengarah Bahagian CGSO dan warga JPM.
#TaatSetia
#CGSO
#JPM
#JabatanPerdanaMenteri
#AktaRahsiaRasmi1972
#ArahanKeselamatan
#MalaysiaMadani
#RahsiakanRahsiaKerajaan ... See MoreSee Less
0 CommentsComment on Facebook
𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐒𝐄𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆, 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊)
Kumpulan Pelaksanaan: SPM/ SVM/ SPM& SKM
KEKOSONGAN: 187 SIMPANAN: 561 (SEMENANJUNG)
KEKOSONGAN: 4 SIMPANAN: 10 (SABAH)
KEKOSONGAN: 7 SIMPANAN: 10 (SARAWAK)
Maklumat syarat lantikan/ gaji/ tugas-tugas jawatan di pautan berikut :
spa.gov.my/syarat-permohonan/spm-svm/pembantu-keselamatan-gred-kp1
PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP1
Tarikh tutup permohonan : 12 MAC 2026 (KHAMIS) 11:59 MALAM
Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di Bawah :
spa9.spa.gov.my/login
Sekian, terima kasih.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
#TaatSetia
#CGSO
#JPM
#JabatanPerdanaMenteri
#MalaysiaMadani ... See MoreSee Less
3 CommentsComment on Facebook