BAHAGIAN & UNIT

  • Melaksanakan urusan perkhidmatan, pembangunan modal insan dan pembangunan Organisasi Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) JPM supaya mengikut pekeliling dan peraturan semasa.
  • Menyediakan dan memantau pengurusan kewangan dan peruntukan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan, JPM bagi memastikan agensi sentiasa mematuhi peraturan kewangan semasa dengan peruntukan kewangan yang mencukupi untuk melancarkan pelaksanaan fungsi yang ditetapkan.
  • Melaksanakan pengurusan Aset dan Stor, pentadbiran am dan pengurusan fail supaya mengikut tatacara pengurusan aset, stor dan fail yang sedang berkuatkuasa.
  • Memantau pelaksanaan program ICT bagi memastikan penggunaan ICT berjalan dengan lancar.
  • Setiausaha kepada Pelan Transformasi CGSO 2030 dengan kekerapan mesyuarat 4 kali setahun dan laporan perlu dikemukakan kepada TKSUK setiap 6 bulan sekali;
  • Menyelaraskan program-program / aktiviti Pejabat CGSO;
  • Menyelaras maklumat pengurusan & pentadbiran di antara Ibu Pejabat CGSO dengan CGSO Negeri;
  • Menyelaras urusan berkaitan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri, Mesyuarat KSU dan persidangan parlimen;
  • Menguruskan permohonan ceramah daripada Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan serta pihak swasta yang tidak melebihi 4 jam;
  • Memastikan Laporan Aktiviti Bulanan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia dikemukakan kepada Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan selewat-lewatnya 15 hari bulan pada bulan berikutnya;
  • Pengurusan dan penyelarasan aduan awam;
  • Menyelaras urusan berkaitan jemputan dan kawalan media bagi program rasmi CGSO;
  • Menyelaras, memantau dan memastikan maklum balas keputusan Mesyuarat Pegawai Perhubungan Awam dan Pegawai Aduan Jabatan/ Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri
  • Setiausaha Mesyuarat Pengarah-Pengarah Keselamatan Kerajaan. (4 kali setahun)
  • PENGURUSAN ADUAN

Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan maklumat mengenai salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.

  • PENGUKUHAN INTEGRITI

Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.

  • TADBIR URUS

Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.

  • PEMATUHAN

Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.

  • PENGESANAN DAN PENGESAHAN

Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil. Melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.

  • TATATERTIB

Melaksanakan fungsi urus setia lembaga tatatertib.

  • Merangka dan melaksanakan dasar, pekeliling, garis panduan, peraturan dan arahan berkaitan tapisan keselamatan.
  • Menguruskan permohonan tapisan keselamatan terhadap semua pegawai awam termasuklah komuniti keselamatan yang memberikan perkhidmatan di Jabatan berkenaan dan Penghuni Sasaran Penting, Kawasan Larangan dan Tempat Larangan. Pelaksanaan ini juga turut dilakukan terhadap Pelajar Tajaan yang melanjutkan pelajaran keluar negara.
  • Memberi khidmat nasihat kepada pelbagai Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dan sektor swasta seperti Penghuni Sasaran Penting, Kawasan Larangan dan Tempat Larangan dalam urusan tapisan keselamatan.
  • Merancang dan menjalinkan kerjasama strategik dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam urusan tapisan keselamatan.
  • Menjawab aduan dan pertanyaan sama ada melalui Sistem e-Vetting 3.0 atau panggilan telefon (hotline) yang diterima bagi membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

  • Mengurus dan menentukan pelaksanaan dasar keselamatan perlindungan dokumen, maklumat rasmi serta rahsia rasmi mengikut peruntukan Akta Rashia Rasmi 1972 Temasuk Arahan Kelamatan (Semakan dan Pindaan 2017).
  • Mengurus dan mengemaskini rekod serta memberi konsultasi berkaitan pelantikan Pegawai Pengelas Seksyen 2B, Pegawai dan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan, Jawatan Keselamatan Berjadual dan Pendaftar Rahsia.
  • Memberi konsultasi pengurusan peta terhad dan data geospatial.
  • Mengurus dan memperuntukkan perkataan-perkataan kod (kod operasi).
  • Memberi konsultasi berkenaan pengurusan keselamatan bahan sulit peperiksaan Nasional.
  • Memberi konsultasi kepada Pendaftar Rahsia dan Pendaftar Kecil Rahsia berkenaan peraturan Sistem Pendaftaran Rahsia.
  • Mengurus tadbir tugas-tugas pemeriksaan dan siasatan khas berhubung pelanggaran keselamatan, kebocoran maklumat rahsia rasmi dan seumpamanya.
  • Memberi konsultasi berkaitan kaedah dan tatacara pelupusan dokumen/ bahan rasmi.
  • Merangka, menggubal dan mengemaskini Dasar Keselamatan Siber jabatan.
  • Merancang dan menyelaras program kesedaran keselamatan ICT di kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan.
  • Memeriksa dan memberi konsultasi keselamatan fizikal dan persekitaran pusat maklumat di kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan.
  • Mengurus dan menyelaras serta memberi konsultasi berhubung insiden pelanggaran keselamatan maklumat rahsia rasmi.
  • Mengurus tranformasi sistem penyampaian perkhidmatan bahagian contohnya pembangunan Sistem edaran Buku Arahan Keselamatan secara elektronik dan pangkalan data pengurusan rahsia rasmi.
  • Mengadakan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak berkaitan kajian dan penyelidikan pengurusan rahsia rasmi secara elektronik dan digital.
  • Mengurus dan memberi konsultasi pengelasan, pengelasan semula, pemusnahan, pengarkiban rahsia rasmi dalam persekitaran ICT.
  • Mengurus dan memberi konsultasi keselamatan mobile computing, cloud computing, penilaian source code sistem, e-mel dan enkripsi rahsia rasmi.
  • Mengurus dan memberi konsultasi pengurusan sanitasi media elektronik dan pemulihan data (data recovery) rahsia rasmi kerajaan.
  • Memberi konsultasi teknikal keselamatan perlindungan maklumat ICT di dalam pelbagai Jawatankuasa peringkat Nasional dan Agensi.
  • Menganggotai dan memberi input kepada pelbagai jawatankuasa dalam pembangunan dasar dan standard keselamatan ICT peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Menjadi kuasa pusat bagi merancang, merumus, menggubal dasar, peraturan dan pengurusan keselamatan maklumat rahsia rasmi dalam persekitaran ICT (data in-use, in-motion and at rest (storage).
  • Mengurus dan penyediaan laporan digital forensik bahan bukti (admissible evidence) mengikut keperluan perundangan bagi kes-kes kebocoran maklumat rahsia rasmi.

Bahagian Keselamatan Fizikal dan Penilaian Teknikal (BKFPT) bertanggungjawab memastikan tahap keselamatan fizikal dan teknikal Kerajaan sentiasa kukuh, berkesan dan selaras dengan dasar keselamatan perlindungan negara.

Fungsi utama BKFPT adalah seperti berikut:

1. Konsultasi dan Penilaian Keselamatan Fizikal

  • Melaksanakan pemeriksaan dan penilaian keselamatan ke atas ruang pejabat yang dalam cadangan pembinaan, pembelian atau sewaan oleh Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan.
  • Memberi konsultasi dalam aspek penilaian teknikal sistem keselamatan bagi peralatan, kelengkapan dan teknologi keselamatan fizikal meliputi semua cadangan pembelian, kegunaan, kawalan dan keselamatan kelengkapan serta bahan-bahan rasmi yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang ingin digunakan oleh Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan.
  • Memberikan konsultasi berhubung dasar dan perlaksanaan langkah-langkah keselamatan bangunan meliputi cadangan pembinaan, pengubahsuaian, pembelian dan permindahan pejabat-pejabat di bangunan kerajan dan swasta di dalam dan luar negara.
  • Melakukan kajian dan penilaian teknikal terhadap peralatan, kelengkapan dan teknologi keselamatan fizikal yang sedia ada dan terbaharu di pasaran.

2. Pengurusan Akreditasi dan Percetakan Keselamatan

  • Mengurus, menyemak, memberi khidmat nasihat, dan memperaku permohonan dokumen bercirikan keselamatan, termasuk Pas Keselamatan, Kad Pengenalan Jabatan, Kad Kuasa, dan Pas Akreditasi Persidangan.
  • Mengurus, menyemak, memberi khidmat nasihat, dan memperaku permohonan dokumen rasmi Kerajaan bercirikan keselamatan, seperti sijil, pelekat keselamatan, pasport, dan lain-lain bahan rasmi Kerajaan.
  • Mengurus permohonan baharu dan perlanjutan bagi syarikat percetakan keselamatan berdaftar di bawah kod bidang cetak keselamatan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), serta mengeluarkan laporan validasi pematuhan percetakan keselamatan.
  • Memeriksa, menilai, dan menentukan keabsahan dokumen yang dipertikai menggunakan peralatan di makmal forensik dokumen.

3. Penilaian Keperluan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Kerajaan Dan Swasta

  • Menyediakan Dasar Pemakaian Pakaian Seragam Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.
  • Memberi ulasan mengenai senarai tugas Pembantu Keselamatan dalam pelaksanaan kawalan keselamatan di bangunan dan premis Kerajaan.
  • Memberi ulasan mengenai cadangan pewujudan jawatan pegawai awam yang menjalankan perkhidmatan kawalan keselamatan Kerajaan dalam aspek struktur pengurusan keselamatan perlindungan dan penempatan keanggotaan.
  • Memberi ulasan mengenai penempatan keanggotaan, senarai tugas dan kelengkapan peralatan keselamatan bagi keperluan perkhidmatan kawalan keselamatan swasta di jabatan Kerajaan.
  • Menyediakan dasar latihan keselamatan perlindungan kepada anggota keselamatan swasta yang memberi perkhidmatan kawalan keselamatan di jabatan Kerajaan.

4.Pembangunan dan Pengemaskinian Garis Panduan Keselamatan Fizikal

  • Membangunkan dan mengemaskini garis panduan keselamatan fizikal yang merangkumi aspek pengurusan, spesifikasi, serta teknologi keselamatan terkini.

5.Pengesanan dan Pencegahan Peranti Penyuluhan di Premis Kerajaan

  • Merancang dan melaksanakan aktiviti pemeriksaan serta pembersihan premis Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan daripada peranti penyuluhan teknikal yang tidak dibenarkan.
  • Mengkaji perkembangan teknologi dan kaedah penyuluhan menggunakan peranti tersembunyi serta langkah-langkah membanteras.
  • Memberi khidmat nasihat kepada Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan mengenai peraturan dan langkah-langkah untuk mencegah dan memperkukuhkan keselamatan premis dari cubaan penyuluhan teknikal.
  • Merancang dan melaksanakan program latihan pengukuhan kepada operatif dan pasukan pelapis serta kesedaran kepada Kementerian/Jabatan/Agensi.
  • Merancang dan melaksanakan pemeriksaan serta penyelenggaraan ke atas peralatan yang digunakan dalam aktiviti pemeriksaan dan pembersihan peranti penyuluhan teknikal.

  • Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Pusat Sasaran Penting (JPSP)
  • Menjadi Urusetia Tim Sasaran Penting
  • Mengurus pengisytiharan/pembatalan Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298)
  • Menjalankan pemeriksaan di semua instalasi Sasaran Penting Keutamaan I dan Keutamaan II dan Kawasan Larangan Tempat Larangan
  • Menjalankan pematuhan terhadap semua instalasi Sasaran Penting agar mematuhi peraturan seperti mana digariskan dalam Arahan Tetap Sasaran Penting
  • Menjalankan pemeriksaan keselamatan fizikal di semua pepasangan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan Tempat larangan
  • Menguruskan Kelulusan Penerbangan di Putrajaya
  • Menguruskan khidmat nasihat berkaitan permohonan pembinaan bangunan dan pembangunan berdekatan Sasaran Penting dan Kawasan Larangan Tempat Larangan
  • Menjadi penyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perlindungan Infrastruktur Utama Negara dan Soft Target (JkPIUNST)
  • Melaksanakan Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan serta Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (Star Rating) di Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan.
  • Memberi panduan dan sesi libat urus (coaching session) berhubung Inspektorat Pematuhan dan Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (Star Rating).
  • Mengkaji dan menilai hasil dapatan Inspektorat Keselamatan serta memperakukan syor – syor penambahbaikan yang berterusan.
  • Mengemukakan hasil laporan Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan di Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan kepada pengurusan atasan dan pihak – pihak yang berwajib.
  • Memantau tindakan – tindakan pematuhan terhadap semua syor penambahbaikan.
  • Melaksanakan kajian dan penyelidikan untuk syor – syor penambahbaikan dan inovasi dalam pematuhan Keselamatan Perlindungan di semua Agensi Kerajaan.
  • Mengkaji, merangka dan menyelaras keperluan dan program latihan Keselamatan perlindungan untuk semua lapisan pegawai dan kakitangan Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Syarikat Swasta yang berkaitan.
  • Mengkaji, merangka dan menyelaras keperluan dan program latihan Keselamatan Perlindungan untuk pegawai dan kakitangan Skim Keselamatan dan Pertahanan Awam (KP).
  • Menyelaras permohonan menghadiri latihan khusus dalam bidang Keselamatan Perlindungan bagi penjawat awam dan skim KP.
  • Mengkaji dan menyelaras penyediaan risalah/bahan latihan Keselamatan Perlindungan untuk semua lapisan penjawat awam.
  • Menyelaras permohonan untuk menghadiri kursus/bengkel/seminar yang berkaitan dengan perkhidmatan skim KP.
  • Menyelaras penyediaan Jadual Kursus dan Jadual Peperiksaan Perkhidmatan Skim Keselamatan dan Pertahanan Awam bagi setiap tahun.
  • Menjadi Urus Setia Panel peperiksaan Perkhidmatan yang menyelaras penyediaan, penggubalan kertas-kertas soalan peperiksaan, menyemak dan mengeluarkan keputusan-keputusan Peperiksaan Perkhidmatan Skim Keselamatan dan Pertahanan Awam.