1. S : Bagaimana saya ingin berhubung dengan pihak ICT?
J : Pihak ICT boleh dihubungi melalui e-mel: aduan_ict@cgso.gov.my atau telefon: 03-88726079
2. S : Bagaimana jika saya ingin membuat aduan berkaitan portal?
J : Pengguna boleh membuat aduan kepada adminportal@cgso.gov.my atau mengisi aduan di borang aduan / maklumbalas di dalam portal (http://www.cgso.gov.my/ms/hubungi-kami/aduan-dan-maklum-balas/)
3. S : Bagaimanakah jika saya terlupa kata laluan Sistem e-Vetting 2.0?
J : Pengguna boleh tetapkan semula (reset) kata laluan sendiri melalui muka hadapan e-Vetting 2.0 dengan klik “lupa kata laluan”, kata laluan yang baru akan diterima melalui e-mel pengguna.
4. S : Bagaimanakah jika saya ingin memohon membuat pembaharuan tamat tempoh bagi bagi Government Public Key Infrastructure (GPKI)?
J : Pengguna boleh e-melkan kepada aduan_ict@cgso.gov.my dan berhubung dengan pihak STM untuk mendapat keterangan lanjut.
5. S : Adakah perkhidmatan wifi PCN bagi tetamu (guest) disediakan? Bagaimana untuk mendapatkan ID wifi bagi tetamu?
J : Ya wifi guest adalah disediakan. Pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu untuk mendapatkan ID tetamu tersebut. ID hanya boleh digunakan 1 hari sahaja. Namun, setiap dua (2) jam, pengguna perlu login semula bagi mendapatkan akses internet kerana akses ke internet akan auto diberhentikan selepas 2 jam. Cara-cara penggunaan wifi guest boleh di rujuk di dalam Panduan penggunaan wifi Guest
6. S : Adakah perkhidmatan wifi PCN disediakan? Bagaimana untuk mendapatkan ID wifi kakitangan?
J : Ya dan pengguna boleh e-melkan kepada STM di aduan_ict@cgso.gov.my untuk mendapatkan ID dan kata laluan.Cara-cara penggunaan wifi PCN bagi kakitangan boleh di rujuk di dalam Panduan penggunaan wifi PCN
7. S : Bagaimanakah jika saya ingin memohon untuk memasukkan isi kandungan portal yang baharu ke dalam portal CGSO?
Pengguna perlu e-mel permohonan pengemaskinian kepada pentadbir portal di adminportal@cgso.gov.my dan webmaster@cgso.gov.my.
Permohonan pengemaskinian jika berkaitan isi kandungan akan ditapis oleh JK Portal terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada ICT untuk dikemaskini.
Sekiranya telah selesai, pengguna akan dinotifikasikan melalui e-mel/memo.
8. S : Bagaimanakah jika saya ingin membuat permohonan baharu/pengemaskinian/aduan berkaitan e-mel?
Permohonan baharu atau pengemaskinian e-mel akan dilaksanakan mengikut first in first out (FIFO) dan keutamaan isu.
Sekiranya telah selesai, pengguna akan dinotifikasikan melalui e-mel/memo.
9. S : Jika aduan berkaitan sistem (contoh HRMIS, Sistem e-Vetting, SDAS, myIDENTITY, RPPP, ePerolehan, iGFMAS dan lain- lain), siapakah yang perlu saya hubungi?
Aduan akan diselesaikan oleh pihak STM mengikut turutan dan keutamaan isu.
Pengguna perlu menandatangani borang aduan setelah selesai atau menghantar e-mel/memo menyatakan ianya telah diselesaikan.
11. S : Apakah yang dimaksudkan dengan sidang video?
J : Sidang video merupakan satu set teknologi komunikasi interaktif yang membenarkan dua atau lebih daripada itu berkomunikasi secara maya melalui penghantaran video dan audio dua-hala secara serentak. Ia berbeza dari videofonkerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu. Sidang video menggunakan telekomunikasi audio dan video untuk menghubungkan orang di beberapa tempat untuk bermesyuarat. Ini boleh semudah perbualan di antara dua orang dalam pejabat persendirian atau melibatkan beberapa tempat dengan lebih seorang dalam bilik besar di setiap tempat. Selain penghantaran audio dan visual aktiviti mesyuarat, sidang video boleh digunakan untuk berkongsi dokumen, maklumat paparan komputer, dan papan putih.
12.S : Bagaimanakah jika saya memerlukan rekabentuk grafik seperti infografik atau poster untuk program-program CGSO?
J : Permohonan rekabentuk boleh dimohon kepada STM melalui e-mel/memo. Proses permohonan boleh dirujuk dalam calar alir di bawah: