PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
Kami berjanji akan memberi perkhidmatan berkualiti seperti berikut:
- Memproses permohonan menghadiri kursus pegawai dan kakitangan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
- Memastikan semua pegawai/kakitangan menghadiri kursus sekurang-kurangnya tujuh (7) hari setahun.
- Memproses permohonan kemudahan cuti pegawai dan kakitangan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
- Menyelesaikan proses penempatan pegawai dan kakitangan baru dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh melapor diri.
- Mengurus permohonan hapuskira dalam tempoh 6 bulan dari tarikh Laporan Awal di terima.
- Mengeluarkan Pesanan Kerajaan Bekalan dan Perkhidmatan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
- Memanjangkan permohonan Waran Perjalanan Udara Awam setelah menerima tempahan tiga (3) hari selepas penerimaan permohonan.
- Memproses Permohonan Kelulusan Berbelanja bagi mengadakan program di luar ibu pejabat yang diterima dengan lengkap dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja untuk dipanjangkan ke Pentadbiran Am.
- Memproses semua bil, tuntutan perjalanan dan tuntutan lebih masa yang lengkap dan sempurna tidak lewat dari 14 hari dari tarikh ianya diterima.
- Memproses Permohonan Pinjaman/Pembiayaan Kenderaan, Pembiayaan Komputer, Pembiayaan Keahlian Kelab Rekreasi dan Sukan, Elaun Perjalanan Kenderaan Kelas ‘C’, Permohonan Pendahuluan Diri dan Elaun Pakaian Panas yang diterima dalam tempoh 14 hari dari tarikh ianya diterima.
- Memproses Permohonan Pelupusan Aset dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh laporan Lembaga Pelupusan diterima.
- Mengurus Pendaftaran dan Pelabelan Aset dalam tempoh empat belas (14) hari selepas penerimaan bagi satu (1) penghantaran.
- Membuat pemeriksaan terhadap aduan kerosakan aset dalam tempoh dua (2) hari bekerja setelah Borang Aduan Kerosakan Aset diterima dan diproses permohonan pembaikan (sekiranya perlu) dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
- Melaporkan aduan pengguna kepada pihak Pengurusan Bangunan/ Bahagian yang berkenaan pada hari yang sama aduan diterima.
BAHAGIAN PENYELERASAN DAN KORPORAT
Kami berjanji akan memberi perkhidmatan berkualiti seperti berikut:
- Surat penggilan Mesyuarat Pengarah-Pengarah Keselamatan Kerajaan dikeluarkan selewat-lewatnya tujuh (7) hari dari tarikh mesyuarat akan diadakan.
- Penyediaan minit mesyuarat tidak lewat dari tiga (3) hari bekerja selepas mesyuarat diadakan.
- Menyediakan Laporan Aktiviti Bulanan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia kepada Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan tidak melebihi 15hb bagi setiap bulan.
UNIT INTEGRITI
Kami berjanji akan memberi perkhidmatan berkualiti seperti berikut:
- Memastikan Mesyuarat Jawatankuasa AntiRasuah dilaksanakan 3 kali setahun.
- Melaksanakan program pembudayaan integriti seperti majlis penerangan, kursus, forum dan seminar kepada kakitangan CGSO sekurang-kurangnya 1 kali setahun.
- Menyelesaikan siasatan setiap aduan salah laku kakitangan dalam tempoh dua minggu sebelum mengemukakan laporan kepada pihak berkaitan.
- Membuat pemantauan integriti, pengesanan dan pengesahan ke bahagian dan CGSO Negeri.
- Mengadakan Mesyuarat Lembaga Tatatertib apabila ada kes yang berkaitan dan memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
BAHAGIAN KESELAMATAN PERSONEL
- Mengeluarkan sijil keputusan tapisan keselamatan dalam tempoh dua puluh (20) hari bekerja dari tarikh diterima daripada Panel Siasatan.
- Memproseskan Tapisan Keselamatan Kasar dalam tempoh satu (1) bulan selepas disahkan oleh Pengesah Jabatan dan bergantung kepada semakan Panel Siasatan.
BAHAGIAN KESELAMATAN ICT DAN RAHSIA RASMI
Kami berjanji akan memberi perkhidmatan berkualiti seperti berikut:
- Menyediakan surat penyelarasan operasi penghantaran bahan sulit peperiksaan di peringkat nasional dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja sebelum operasi dilaksanakan.
- Mengemaskini maklumat pengendali rahsia rasmi (Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ) Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan (PPKJ) Jawatan Keselamatan Berjadual (JKB), Pendaftar Rahsia dan Pegawai Pengelas Seksyen 2B, Akta Rahsia Rasmi 1972) dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
- Memberikan konsultasi pengurusan rahsia rasmi dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
- Konsultasi dan bimbingan dalam keselamatan fizikal dan persekitaran pusat data serta Pengurusan Rahsia Rasmi dalam Persekitaran ICT di Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
- Memberi pertimbangan kelulusan permohonan perkataan kod dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
- Membuat edaran Buku Arahan Keselamatan serta garis panduan pengurusan rahsia rasmi dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
BAHAGIAN KESELAMATAN FIZIKAL & PENILAIAN TEKNIKAL
Kami berjanji akan memberi perkhidmatan berkualiti seperti berikut:
- Pengurusan permohonan penyewaan ruang pejabat dan mengeluarkan laporan bagi pemeriksaan ruang pejabat dalam tempoh 14 hari bekerja selepas tarikh akhir pemeriksaan dibuat dan dokumen lengkap diterima.
- Menjalankan lawatan dan mengeluarkan maklumbalas dan khidmat nasihat berkaitan kelengkapan / peralatan keselamatan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pemeriksaan dijalankan dan dokumen lengkap diterima.
- Pengurusan permohonan spesifikasi keselamatan bagi pengeluaran Pas Keselamatan, Kad Pengenalan Jabatan, Kad Kuasa dan Pas Akreditasi Persidangan selesai dalam tempoh 22 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
- Permohonan penilaian pemeriksaan validasi percetakan keselamatan di syarikat-syarikat percetakan yang memohon Kod Bidang 221607 (Cetakan Keselamatan) dan Kod Bidang 221608 (Cetakan Hologram).
- Menyedia dan mengemukakan laporan penilaian pemeriksaan validasi percetakan keselamatan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pemeriksaan dijalankan dan dokumen lengkap diterima.
- Permohonan penilaian spesifikasi teknikal perkhidmatan kawalan keselamatan dan menjalankan lawatan serta pemeriksaan merangkumi keanggotaan dan keperluan kelengkapan pengawal keselamatan.
- Menyedia dan mengemukakan laporan penilaian teknikal dan penentuan keanggotaan perkhidmatan kawalan keselamatan kepada semua Agensi Kerajaan.
- Membuat kajian, menilai garis panduan dan spesifikasi keselamatan perlindungan dari semasa ke semasa selaras dengan perkembangan sistem teknologi keselamatan.
- Mendapatkan perakuan pihak Pengurusan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) dan mengedarkan garis panduan serta spesifikasi untuk kegunaan Pejabat CGSO dan semua Agensi Kerajaan.
BAHAGIAN SASARAN PENTING & KAWASAN LARANGAN TEMPAT LARANGAN
Kami berjanji akan memberi perkhidmatan berkualiti seperti berikut:
- Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Pusat Sasaran Penting (JPSP).
- Mengeluarkan notis makluman Mesyuarat JPSP kepada ahli-ahli dalam masa 10 hari bekerja sebelum mesyuarat.
- Mengedarkan kertas pertimbangan JPSP kepada ahli-ahli dalam masa 10 hari bekerja.
- Menyiapkan minit mesyuarat JPSP dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh mesyuarat diadakan.
- Mengedarkan minit mesyuarat JPSP kepada ahli-ahli dalam masa 10 hari bekerja.
- Mengedarkan cabutan minit mesyuarat JPSP kepada Setiausaha Jawatankuasa Sasaran Penting Negeri dan agensi yang berkaitan dalam masa 7 hari bekerja.
- Mendapatkan maklumbalas mesyuarat JPSP daripada ahli-ahli dalam tempoh 10 hari bekerja.
- Menjadi urusetia Tim Naziran Sasaran Penting.
- Mengeluarkan notis makluman Mesyuarat Tim Naziran Sasaran Penting kepada ahli-ahli dalam masa 10 hari bekerja sebelum mesyuarat.
- Menyiapkan minit Mesyuarat Tim Naziran Sasaran Penting dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh mesyuarat diadakan.
- Mengedarkan minit Mesyuarat Tim Naziran Sasaran Penting kepada ahli-ahli dalam masa 10 hari bekerja.
- Mendapatkan maklumbalas Mesyuarat Tim Naziran Sasaran Penting daripada ahli-ahli dalam tempoh 10 hari bekerja.
- Mengurus pengisytiharan/pembatalan Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).
- Menyiapkan deraf perintah pengisytiharan/pembatalan Kawasan Larangan dan Tempat Larangan untuk dihantar kepada Jabatan Peguam Negara dalam tempoh 5 hari bekerja.
- Menghantar deraf perintah pengisytiharan/pembatalan yang telah disemak oleh Jabatan Peguam Negara kepada Pejabat Y.B Menteri Dalam Negeri untuk ditandatangani dalam tempoh 3 hari bekerja.
- Menghantar perintah pengisytiharan/pembatalan Kawasan Larangan dan Tempat Larangan yang telah ditandatangani oleh Y. B Menteri Dalam Negeri kepada pemohon dalam tempoh 3 hari bekerja.
- Menjalankan pemeriksaan di semua instalasi Sasaran Penting keutamaan I dan Keutamaan II dan Kawasan Larangan/ Tempat Larangan.
- Menjalankan pemantauan terhadap semua instalasi Sasaran Penting agar mematuhi peraturan seperti mana digariskan dalam Arahan Tetap Sasaran Penting.
- Mengemukakan laporan pemeriksaan keselamatan Sasaran Penting dan Kawasan Larangan/Tempat Larangan kepada penghuni/pemilik dalam masa 22 hari bekerja selepas pemeriksaan dijalankan.
- Menjalankan pemeriksaan keselamatan fizikal di semua pepasangan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan.
- Menguruskan kelulusan penerbangan di Putrajaya dalam masa 3 hari bekerja.
- Menguruskan khidmat nasihat berkaitan permohonan pembinaan bangunan dan pembangunan berdekatan Sasaran Penting dan Kawasan Larangan/Tempat Larangan.
BAHAGIAN INSPEKTORAT PEMATUHAN DAN PENGIKTIRAFAN
Kami berjanji akan memberi perkhidmatan berkualiti seperti berikut:
- Mengeluarkan surat untuk menjalankan inspektorat penuh dan susulan empat belas (14) hari sebelum inspektorat dilaksanakan.
- Menyediakan laporan penemuan awal inspektorat pada hari yang sama pemeriksaan dijalankan.
- Menyedia dan mengeluarkan laporan lengkap Inspektorat penuh, susulan dan mengejut dalam tempoh dua puluh (20) hari bekerja selepas dari tarikh pemeriksaan dijalankan.
- Memastikan laporan pelanggaran keselamatan perlindungan disediakan kepada pihak yang berkaitan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas siasatan bagi Semenanjung Malaysia dan 14 hari bekerja bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
- Memberi khidmat nasihat dan perbincangan berkenaan inspektorat keselamatan perlindungan kepada setiap Jabatan/Agensi Kerajaan yang dilawati semasa inspektorat penuh, susulan dan mengejut dilaksanakan.
- Memantau dan menjalankan inspektorat susulan ke atas Jabatan/Agensi yang berada pada tahap tidak memuaskan pada tahun berikutnya.
INSTITUT LATIHAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN MALAYSIA (ILKEM)
- Memuat naik Jadual Peperiksaan Perkhidmatan ke dalam laman sesawang Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia selewat-lewatnya 15 Januari setiap tahun.
- Mengedarkan surat arahan peperiksaan kepada calon peperiksaan dalam tempoh 10 hari bekerja sebelum tarikh peperiksaan.
- Memastikan semua keputusan peperiksaan dihantar kepada calon-calon peperiksaan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan mesyuarat panel peperiksaan.
- Memuat naik Program Latihan Tahunan ke dalam laman sesawang Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia selewat-lewatnya sebelum 1 Januari setiap tahun.
- Mengadakan Program Latihan Keselamatan Perlindungan sekurang-kurangnya 80% daripada program yang dirancang setiap tahun.
- Memastikan status penerimaan calon peserta kursus/latihan dimaklumkan kepada pemohon selewat- lewatnya 3 hari bekerja sebelum tarikh kursus/latihan.
