CGSO

Font Colors      
Text Size A A +A
  1. Home
  2. »
  3. F.A.Q

F.A.Q

Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Laman Web CGSO. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain sila hubungi kami di talian 03- 88726000 (Bantuan Telefonis Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia) atau e-mel kepada kami di webmaster@cgso.gov.my

Anda boleh menghubungi:-
Unit ICT, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Tel: 03-88726112
Faks: 03-88883240
Emel: webmaster@cgso.gov.my

Keselamatan Perlindungan bermaksud memberikan perlindungan ke atas aset yang meliputi perkara maklumat rasmi, dokumen rasmi dan rahsia rasmi, bangunan, pepasangan, peralatan, kelengkapan dan personel.

Ketua jabatan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan perlindungan di Jabatan/pejabat masing-masing.

Arahan Keselamatan yang dikeluarkan oleh Jemaah Menteri. Di dalam Arahan tersebut telah ditetapkan darjah-darjah keselamatan yang sama mengikut prinsip-prinsip tertentu untuk dilaksanakan oleh semua Jabatan Kerajaan bertujuan bagi mengawal rahsia-rahsia rasmi negara dengan berkesan.

Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab sepenuhnya. Walau pun begitu beliau perlu melantik Pegawai Keselamatan Jabatan yang terdiri daripada Timbalan Ketua Jabatan yang bertanggungjawab mengenai pentadbiran jabatan bagi membantu beliau melaksanakan arahan-arahan keselamatan dengan mendapat nasihat Pegawai Keselamatan Kerajaan.

Setiap penjawat awam yang diamanahkan dengan perkara-perkara rahsia rasmi perlu mengetahui sepenuhnya peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Arahan tersebut.

Buku Arahan Keselamatan boleh diperoleh daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia dan Pejabat cawangan negeri di seluruh negara. Permohonan boleh dibuat dengan menulis surat secara rasmi terus kepada pihak Ibu Pejabat atau pejabat cawangannya.

Akta Rahsia Rasmi 1972 adalah satu undang-undang berhubungan dengan perlindungan rahsia rasmi, terutama sekali dimaksudkan untuk memelihara perkara-perkara rasmi yang perlu diberikan perlindungan keselamatan mengikut peraturan-peraturan dalam Arahan Keselamatan daripada jatuh ke tangan orang-orang yang tidak dibenarkan.

Tapisan keselamatan dikenakan ke atas penjawat awam bertujuan untuk memeriksa latar belakang penjawat awam bagi memastikan mereka bersih dari sebarang anasir subversif dan kesetiaannya kepada negara atau kejujurannya menimbulkan keraguan, tidak mendapat sebarang pekerjaan atau terus berada dalam pekerjaan yang melibatkannya dengan perkara-perkara rahsia rasmi.

Tapisan keselamatan halus dikenakan ke atas penjawat awam yang dikehendaki berurusan dengan perkara-perkara rahsia rasmi yang dikelaskan sebagai Rahsia atau Rahsia Besar.

Tapisan keselamatan kasar dikenakan ke atas penjawat awam yang dikehendaki melihat atau berurusan dengan perkara-perkara rahsia rasmi yang dikelaskan setakat Sulit.

Bergantung kepada jenis tapisan yang dipohon. Keputusan boleh diberikan dalam tempoh masa yang singkat atau panjang bergantung kepada rekod yang dikesan, maklumat dan pengadil peribadi jika menjalani tapisan halus.

Jawatan keselamatan berjadual adalah merupakan kategori jawatan yang mana pemegangnya senantiasa dikehendaki berurusan dengan perkara rahsia rasmi yang dikelaskan sebagai Rahsia atau Rahsia Besar.

Penjawat-penjawat awam di peringkat persekutuan atau negeri dan pegawai atau kakitangan yang bertugas tetap di pepasangan sasaran penting sektor awam dan swasta. Semua kursus diberikan secara percuma.

Pejabat KPKK selaku penganjur tidak menyediakan penginapan atau pengangkutan. Pejabat KPKK hanya menyediakan kemudahan minum pagi, makan tengah hari dan minum petang.

Sekiranya penjawat awam tidak mematuhi arahan keselamatan , pihak jabatan boleh mengenakan tindakan secara pentadbiran termasuk mengenakan tindakan tatatertib mengikut kesalahan yang telah dilakukan, Pendakwaan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 boleh juga dikenakan mengikut keseriusan pelanggaran keselamatan akibat daripada tindakan tidak mematuhi arahan keselamatan yang ditetapkan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lain sila hubungi kami di talian 03- 88726000 (Bantuan Telefonis Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia). No. perkhidmatan telefonis pejabat CGSO telah tiada/tidak berfungsi (maklumat ini perlu dikeluarkan).