A. UNIT KAWALAN KESELAMATAN
- Khidmat nasihat berhubung menyediakan bentuk kawalan bergantung kepada tahap ancaman keselamatan.
- Memberikan kelulusan pengwujudan jawatan, pengambilan dan latihan pegawai awam yang menjalankan tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan.
- Khidmat nasihat berhubung cadangan penggunaan perkhidmatan pengawalan keselamatan Agensi Kerajaan dan swasta.
- Memeriksa dan membantu perlaksanaan dasar berkaitan penyewaan dan penempatan ruang pejabat Agensi Kerajaan di bangunan kerajaan dan swasta.
- Memberikan perkhidmatan konsultasi keperluan keselamatan fizikal dalam projek pembangunan dan pembinaan bangunan-bangunan kerajaan.
- Khidmat nasihat berhubung pembangunan pelaksanaan keselamatan fizikal di semua Kementerian /Jabatan/ Agensi dan pihak swasta berkaitan.
- Khidmat nasihat berhubung spesifikasi Pas Keselamatan, Kad Pengenalan Jabatan, Kad Kuasa/ Kad Pelantikan, Pas Persidangan dan pelekat keselamatan.
- Khidmat nasihat berhubung dokumen keselamatan yang memerlukan ciri-ciri keselamatan.
- Khidmat nasihat pengurusan percetakan keselamatan dan senarai syarikat yang mempunyai Kod Bidang.
- Melaksanakan pemeriksaan validasi keselamatan ke atas syarikat percetakan atau syarikat percetakan keselamatan yang ingin memperbaharui lesen Kod Bidang.
- Merancang pelaksanaan dasar sistem keselamatan kelengkapan dan peralatan keselamatan.
- Memberi khidmat nasihat terhadap dasar keselamatan perlindungan meliputi kelengkapan dan peralatan keselamatan.
- Menyediakan garis panduan berkaitan keselamatan fizikal.
- Menyediakan spesifikasi peralatan keselamatan terkini.