CGSO

Font Colors      
Text Size A A +A
  1. Home
  2. »
  3. Services
  4. »
  5. CGSO
  6. »
  7. Inspectorate of Compliance and Recognition

Inspectorate of Compliance and Recognition

  1. PENGENALAN

Perenggan 30 Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017) memberi kuasa kepada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) untuk menasihati dan membantu serta menjalankan pemeriksaan dan penyiasatan keselamatan di semua agensi Kerajaan secara bebas bagi menentukan pelaksanaan sistem kawalan keselamatan perlindungan. Melalui Inspektorat Keselamatan Perlindungan yang berstruktur, cekap dan berkesan, CGSO dapat membantu meningkatkan pengurusan keselamatan yang berkualiti serta mematuhi kehendak Kerajaan.

  1. TUGAS UTAMA

Memberi khidmat nasihat berterusan bagi meningkatkan kualiti dan governan keselamatan perlindungan meliputi keselamatan fizikal, keselamatan dokumen, keselamatan personel dan keselamatan ICT kepada :

  • Kementerian
  • Jabatan Persekutuan dan Negeri
  • Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri
  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Agensi Persekutuan dan Negeri
  • Agensi Swasta yang berkaitan
  1. FUNGSI

Bahagian ini menjalankan enam fungsi utama meliputi :

  • Melaksanakan Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan serta Star Rating Keselamatan Perlindungan di Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan;
  • Memberi panduan dan sesi libat urus (coaching session) berhubung Inspektorat Pematuhan dan Star Rating berkaitan Keselamatan Perlindungan;
  • Mengkaji dan menilai hasil dapatan Inspektorat Keselamatan serta memperakukan syor – syor penambahbaikan yang berterusan;
  • Mengemukakan hasil laporan Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan di Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan kepada pengurusan atasan dan pihak – pihak yang berwajib;
  • Memantau tindakan – tindakan pematuhan terhadap semua syor penambahbaikan; dan
  • Melaksanakan kajian dan penyelidikan untuk syor – syor penambahbaikan dan inovasi dalam pematuhan Keselamatan Perlindungan di semua Agensi Kerajaan.
  1. ASAS INSPEKTORAT

Perkara-perkara berikut merupakan keperluan perundangan dan peraturan yang menjadi terma rujukan dalam pemeriksaan inspektorat keselamatan perlindungan:

  • Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017)
  • Akta Rahsia Rasmi 1972
  • Akta Kawasan Larangan Dan Tempat Larangan 1959
  • Arahan Tetap Sasaran Penting
  • Surat Pekeliling Am Sulit Bilangan 1 Tahun 1993 (Meningkatkan Kualiti Kawalan Keselamatan Perlindungan Di Jabatan-Jabatan Kerajaan)

Pekeliling ini akan terbatal dengan sendirinya bila mana (Surat Pekeliling Am Sulit Bilangan 1 Tahun 2021) (Meningkatkan Kualiti dan Governans Keselamatan Perlindungan di Jabatan-Jabatan Kerajaan) berkuatkuasa.

  • Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2007 (Pekeliling Arahan Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat)
  • Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 1987 (Peraturan Pengurusan Rahsia Rasmi Selaras Dengan Peruntukan-Peruntukan Akta Rahsia Rasmi (Pindaan 1986)
  • Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 1982 (Permohonan Ruang Pejabat Sama Ada Dalam Bangunan Gunasama Atau pun Di Sewa Bangunan Swasta)
  • Pekeliling-Pekeliling Keselamatan dan juga Arahan Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Yang Dikeluarkan Dari Semasa Ke Semasa
  • Dasar Dan Peraturan Pas Keselamatan, Kad Pengenalan Jabatan Dan Kad Kuasa Serta Arahan Tetap Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Mencetak Pas-Pas Keselamatan Dan Kad-Kad
  • Arahan Perbendaharaan
  • Akta Arkib Negara 2003
  • MyMIS
  • Garis Panduan Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan Di Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan
  • Garis Panduan Inspektorat Mengejut Keselamatan Perlindungan
  • Garis Panduan Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan
  • Surat Pekeliling Am Bil.1 Tahun 1993 (Peraturan Penggunaan Mesin Faisimili di Pejabat-Pejabat Kerajaan)
  • Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor Awam (RAKKSA)
  • Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2000 (Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Kerajaan)
  • Pekeliling Bilangan 6 Tahun 2011 (Pindaan Pelaksanaan Tapisan Keselamatan Bagi Pegawai Yang Dilantik Dalam Perkhidmatan Awan)
  • (MS ISO 9001:2015)
  1. JENIS INSPEKTORAT

Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (IAKKP)

Pemeriksaan Keselamatan Perlindungan meliputi aspek komitmen pengurusan, keselamatan fizikal, keselamatan dokumen dan keselamatan peribadi yang dilaksanakan oleh Pasukan Inspektorat. Pasukan ini terdiri daripada para Pegawai Keselamatan Kerajaan dan Penolong Pegawai Keselamatan Kerajaan dari Ibu Pejabat dan Negeri (MS ISO 9001:2015). Program khas ini dibuat bagi meningkatkan kualiti Keselamatan Perlindungan di seluruh Jabatan dan Agensi Kerajaan.  Pengiktirafan serta Anugerah Khas berdasarkan penarafan bintang telah diperkenalkan sebagai indikator dalam penilaian prestasi bagi semua Kementerian dan Jabatan di seluruh Negara.

Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan

Membantu dan meningkatkan tahap Keselamatan Perlindungan dari aspek Penyelarasan Dasar Keselamatan Perlindungan, Keselamatan Fizikal, Keselamatan Rahsia Rasmi, Keselamatan Rahsia Rasmi Dalam Persekitaran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT), Keselamatan Peribadi dan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS) serta memberi khidmat nasihat dan syor-syor penambahbaikan yang berkaitan oleh Pasukan Inspektorat yang terdiri daripada para Pegawai Keselamatan Kerajaan dan Penolong Pegawai Keselamatan Kerajaan dari Ibu Pejabat dan Negeri (MS ISO 9001:2015).

Inspektorat Susulan Keselamatan Perlindungan

Pemeriksaan susulan yang dibuat terhadap hasil dapatan (findings) Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan di sesebuah agensi bagi memastikan pematuhan kepada Arahan Keselamatan dan Peraturan atau Pekeliling Keselamatan yang berkuatkuasa dipatuhi sepenuhnya.

Inspektorat Mengejut Keselamatan Perlindungan

Pemeriksaan Keselamatan Perlindungan yang dijalankan secara mengejut (unannounced) dari semasa ke semasa mengikut keperluan CGSO untuk memastikan budaya pematuhan kepada Arahan Keselamatan dan Peraturan atau Pekeliling Keselamatan yang berkuatkuasa dipatuhi dengan sebaik mungkin (MS ISO 9001:2015).

Inspektorat Khas Keselamatan Perlindungan

Membantu dan meningkatkan tahap Keselamatan Perlindungan dari aspek Penyelarasan Dasar Keselamatan Perlindungan, Keselamatan Fizikal, Keselamatan Rahsia Rasmi, Keselamatan Rahsia Rasmi Dalam Persekitaran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT), Keselamatan Peribadi dan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (BCMS). Ini termasuk memberi khidmat nasihat serta membuat pemeriksaan Keselamatan Perlindungan yang dijalankan atas permintaan atau permohonan daripada Jabatan Kerajaan yang bukan dalam jadual perancangan CGSO.

Inspektorat Pelanggaran Keselamatan Perlindungan atau Insiden Keselamatan

Pemeriksaan dari aspek Keselamatan Perlindungan yang dibuat oleh Pasukan Inspektorat apabila telah berlaku pelanggaran keselamatan perlindungan atau sebarang insiden di Jabatan Kerajaan. Laporan awal akan dikeluarkan dalam kadar segera untuk diangkat ke pengetahuan KPKK dan agensi berkaitan.

  1. METODOLOGI INSPEKTORAT

Pegawai Keselamatan Kerajaan boleh menjalankan inspektorat bersama ahli-ahli di peringkat Bahagian atau turut melibatkan pegawai antara Bahagian, Pejabat Cawangan Negeri atau agensi lain jika diperlukan. Kaedah inspektorat yang dijalankan perlu mengandungi sekurang-kurangnya:

  • penilaian dan pembentangan berhubung latar belakang agensi;
  • penelitian senarai semak yang diisi oleh agensi;
  • temuduga bersama pegawai – pegawai agensi;
  • pemeriksaan berkaitan dasar keselamatan perlindungan, keselamatan fizikal, keselamatan rahsia rasmi, keselamatan rahsia rasmi dalam persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), keselamatan peribadi dan pengurusan kesinambungan perkhidmatan (BCMS) serta yang berkaitan;
  • penilaian dokumen dan rekod berkaitan sebagai dokumen pembuktian;
  • pengesahan penemuan inspektorat; dan
  • lawatan on-site ke tempat-tempat yang terpilih.

Laporan inspektorat akan dikeluarkan tertakluk kepada jenis-jenis inspektorat yang telah dilakukan sama ada dikategorikan sebagai cemerlang, baik, memuaskan atau tidak memuaskan.