CGSO

Warna Font      
Saiz Tulisan A A +A

Inspektorat Pematuhan dan Pengiktirafan

Inspektorat Pematuhan & Pengiktirafan merupakan program yang dirancang untuk meningkatkan kualiti Keselamatan Perlindungan bagi melindungi aset dan maklumat Kerajaan daripada sebarang bentuk ancaman. Matlamat utama Inspektorat Pematuhan & Pengiktirafan adalah untuk memastikan keselamatan aset dan maklumat Kerajaan terjamin sepenuhnya pada setiap masa dengan pelaksanaan langkah – langkah Keselamatan Fizikal, Keselamatan Rahsia Rasmi, Keselamatan Rahsia Rasmi Dalam Persekitaran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT), Keselamatan Peribadi dan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan selaras dengan peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Arahan Keselamatan.