CGSO

Warna Font      
Saiz Tulisan A A +A

AKRAB

RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB)
PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN
KERAJAAN MALAYSIA (CGSO)

Latar Belakang

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai pembimbing rakan sekerja sepertimana yang dikehendaki dalam arahan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005 ‚Äď Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam. AKRAB merupakan agen penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja kelas pertama dalam perkhidmatan awam. Ia diwujudkan dengan objektif bagi menyediakan medium perantaraan untuk memberi peluang pegawai berfungsi secara efektif dalam usaha membantu pengurus sumber manusia perkhidmatan awam.

AKRAB membawa maksud amanah, komitmen, rasional, akhlak, bestari, yang merupakan ciri-ciri penting perlu ada pada seorang rakan pembimbing. AKRAB juga merupakan penjenamaan semula versi rakan pembimbing, pembimbing rakan sekerja, pegawai khidmat nasihat, pegawai khidmat kaunseling dan pelbagai nama yang merujuk kepada peranan sebagai rakan pembimbing di agensi. Ini bermakna, dalam perkhidmatan awam, pegawai yang memainkan peranan sebagai rakan pembimbing keseluruhannya akan dikenali sebagai Ahli AKRAB.

AKRAB berkonsepkan rakan membantu rakan dengan memupuk semangat berpasukan, keakraban dan membina potensi masing-masing. Ianya juga merupakan kelompok sokongan yang menekankan hubungan humanistik. Realitinya, pegawai berasa lebih selesa berbincang dengan rakan berbanding pegawai atasan mereka.

Penubuhan AKRAB CGSO secara rasmi telah diluluskan oleh YBhg. Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan selaku Penaung AKRAB CGSO pada 9 September 2020. AKRAB CGSO bergiat aktif dalam membantu rakan-rakan sekerja yang sedang menghadapi cabaran. Ahli-ahli AKRAB CGSO juga bekerjasama rapat bersama Seksyen Pengurusan Psikologi, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri dalam merancang, menyelaras dan memberikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dan juga bekerjasama dalam menganjurkan aktiviti psikologi dan kaunseling seperti ceramah, syarahan, bengkel, seminar dan sebagainya.

Misi

  • Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga Kementerian;
  • Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan kehidupan;
  • Bertindak sebagai perantaraan antara pegawai dengan kaunselor dalam membuat saringan kesesuaian masalah; dan
  • Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti¬†AKRAB.

Visi
Menjadikan AKRAB sebagai penggerak pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia.

Moto
AKRAB Cemerlang, Perkhidmatan Awam Terbilang

Rujukan lain:

CARTA ORGANISASI AKRAB CGSO


Senarai Ahli AKRAB CGSO

Bil. Nama Bahagian/Negeri Skim/Gred
1. Puan Siti binti Bahuddin Bahagian Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Ibu Pejabat CGSO KP48
2. Encik Syarifuddin bin Palawa Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur KP44
3. Encik Noraindilah bin Ayub Bahagian Keselamatan Personel Ibu Pejabat CGSO KP41
4. Encik Mohamed Izzhakim bin Abdul Hakim Bahagian Keselamatan Personel Ibu Pejabat CGSO KP41
5. Encik Mohd Redzuan bin Ruzali Bahagian Sasaran Penting & Kawasan Larangan Tempat Larangan Ibu Pejabat CGSO KP32
6. Encik Mohd Syafiq bin Sabtu Bahagian Keselamatan ICT & Rahsia Rasmi Ibu Pejabat CGSO KP29
7. Cik Tan Ming Yuet Bahagian Keselamatan Personel Ibu Pejabat CGSO KP29
8. Encik Nurulhisyam bin Abu Bakar Bahagian Keselamatan ICT & Rahsia Rasmi Ibu Pejabat CGSO KP28
9. Encik Sukirman bin Samsuddin Bahagian Keselamatan ICT & Rahsia Rasmi Ibu Pejabat CGSO KP19
10. Puan Noorasikin binti Abdul Manap Bahagian Penyelarasan Ibu Pejabat CGSO KP19