CGSO

Warna Font      
Saiz Tulisan A A +A
  1. Laman Utama
  2. »
  3. Info CGSO
  4. »
  5. Piagam Pelanggan
  6. »
  7. Piagam Pelanggan Bahagian
  8. »
  9. Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian Khidmat Pengurusan

Kami berjanji akan memberi perkhidmatan berkualiti seperti berikut:
  • Memproses permohonan menghadiri kursus pegawai dan kakitangan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  • Memastikan semua pegawai/kakitangan menghadiri kursus sekurang-kurangnya tujuh (7) hari setahun.
  • Memproses permohonan kemudahan cuti pegawai dan kakitangan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  • Menyelesaikan proses penempatan pegawai dan kakitangan baru dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh melapor diri.
  • Mengurus permohonan hapuskira dalam tempoh 6 bulan dari tarikh Laporan Awal di terima.
  • Mengeluarkan Pesanan Kerajaan Bekalan dan Perkhidmatan dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  • Memanjangkan permohonan Waran Perjalanan Udara Awam setelah menerima tempahan tiga (3) hari selepas penerimaan permohonan.
  • Memproses Permohonan Kelulusan Berbelanja bagi mengadakan program di luar ibu pejabat yang diterima dengan lengkap dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja untuk dipanjangkan ke Pentadbiran Am.
  • Memproses semua bil, tuntutan perjalanan dan tuntutan lebih masa yang lengkap dan sempurna tidak lewat dari 14 hari dari tarikh ianya diterima.
  • Memproses Permohonan Pinjaman/Pembiayaan Kenderaan, Pembiayaan Komputer, Pembiayaan Keahlian Kelab Rekreasi dan Sukan, Elaun Perjalanan Kenderaan Kelas ‘C’, Permohonan Pendahuluan Diri dan Elaun Pakaian Panas yang diterima dalam tempoh 14 hari dari tarikh ianya diterima.
  • Memproses Permohonan Pelupusan Aset dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh laporan Lembaga Pelupusan diterima.
  • Mengurus Pendaftaran dan Pelabelan Aset dalam tempoh empat belas (14) hari selepas penerimaan bagi satu (1) penghantaran.
  • Membuat pemeriksaan terhadap aduan kerosakan aset dalam tempoh dua (2) hari bekerja setelah Borang Aduan Kerosakan Aset diterima dan diproses permohonan pembaikan (sekiranya perlu) dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
  • Melaporkan aduan pengguna kepada pihak Pengurusan Bangunan/ Bahagian yang berkenaan pada hari yang sama aduan diterima