CGSO

Warna Font      
Saiz Tulisan A A +A
  1. Laman Utama
  2. »
  3. Perkhidmatan
  4. »
  5. CGSO
  6. »
  7. Institut Latihan Keselamatan Perlindungan…

Institut Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia

Institut Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia (ILKEM) bertanggungjawab memberikan latihan dan kesedaran bagi memupuk budaya Keselamatan Perlindungan melalui pelaksanaan kursus, bengkel dan latihan Keselamatan Perlindungan kepada semua penjawat awam, pihak swasta berkaitan, pengawal Keselamatan dalaman dan swasta yang menjalankan perkhidmatan kawalan keselamatan di Jabatan Kerajaan selaras dengan Arahan Keselamatan (Semakan dan Pindaan 2017).

Selain itu juga, ILKEM bertanggungjawab melaksanakan Peperiksaan Perkhidmatan Skim Keselamatan Dan Pertahanan Awam (Skim KP) selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 tahun 2010: Penetapan Ketua Perkhidmatan Bagi Skim Perkhidmatan Yang Sedang Berkuat Kuasa Dalam Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 29 Jun 2010.