CGSO

Warna Font      
Saiz Tulisan A A +A
  1. Laman Utama
  2. »
  3. Perkhidmatan
  4. »
  5. Program
  6. »
  7. Seminar Sasaran Penting Peringkat…

Seminar Sasaran Penting Peringkat Kebangsaan

Seminar Sasaran Penting Peringkat Kebangsaan merupakan platform yang memberi ruang kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat Sasaran Penting (JPSP), Jawatankuasa Sasaran Penting Negeri (JSPN) dan pemilik / penghuni Sasaran Penting dalam perkongsian maklumat dan idea kepada langkah-langkah menangani isu berhubung Sasaran Penting Negara.

Objektif Seminar Sasaran Penting Peringkat Kebangsaan adalah seperti berikut:

• merangka dasar dan strategi pengurusan sasaran penting bedasarkan Arahan Tetap Sasaran Penting selaras dengan perubahan arus perdana dunia siber dan teknologi semasa;

• menambah baik dasar-dasar perundangan berkaitan Sasaran Penting dan Kawasan Larangan dan Tempat Larangan yang melibatkan 13 sektor utama; dan

• memberi kefahaman kepada semua Ahli JPSP, JSPN dan pemilik / penghuni berhubung pengurusan Sasaran Penting.