CGSO

Warna Font      
Saiz Tulisan A A +A

Inspektorat Pematuhan Dan Pengiktirafan

  1. INSPEKTORAT PEMATUHAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN
    Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan dilaksanakan untuk menilai tahap pematuhan kepada Arahan Keselamatan (Pindaan 2017), pekeliling dan peraturan keselamatan yang berkuatkuasa di semua Kementerian, Jabatan, Badan Berkanun, Kerajaan Tempatan, Agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri. Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan akan dinilai berdasarkan empat (4) komponen Keselamatan Perlindungan iaitu Dasar Keselamatan Perlindungan, Keselamatan Fizikal, Keselamatan Rahsia Rasmi, Keselamatan Rahsia Rasmi Dalam Persekitaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Keselamatan Peribadi dan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan.

  2. INSPEKTORAT SUSULAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN
    Inspektorat Susulan Keselamatan Perlindungan ISKP dilaksanakan terhadap mana-mana Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan yang memperolehi tahap keselamatan Perlidungan Tidak Memuaskan yang dinilai semasa IPKP. Tindakan susulan akan dibuat pada tahun berikutnya. Sekiranya ISKP ke atas Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan berkenaan masih Tidak Memuaskan, ISKP kedua akan dibuat dalam tempoh dua (2) bulan dan seterusnya.

  3. INSPEKTORAT MENGEJUT KESELAMATAN PERLINDUNGAN
    Inspektorat Mengejut Keselamatan Perlindungan dilaksanakan untuk menilai Tahap Pematuhan kepada Arahan Keselamatan (Pindaan 2017) di semua Kementerian, Jabatan, Badan Berkanun, Kerajaan Tempatan, Agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri. Penilaian Inspektorat Mengejut Keselamatan Perlindungan dilaksanakan berdasarkan kepada Garis Panduan Penilaian Tahap Keselamatan Perlindungan di Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan (AK.KPKK(IK)01.2015). Kaedah pelaksanaan Inspektorat Mengejut Keselamatan Perlindungan adalah melalui pemeriksaan ‘on-site’ perimeter bangunan, akses keluar/ masuk, kawalan keselamatan serta sistem pencegahan dan melawan kebakaran berpandukan kepada Senarai Semak Inspektorat Mengejut Keselamatan Perlindungan KPKK 23 A.

  4. SESI LIBAT URUS (COACHING SESSION)
    Memberi khidmat perundingan, khidmat nasihat dan Coaching Session Keselamatan Perlindungan kepada Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri.