CGSO

Warna Font      
Saiz Tulisan A A +A
  1. Laman Utama
  2. »
  3. Info CGSO
  4. »
  5. Piagam Pelanggan
  6. »
  7. Piagam Pelanggan Bahagian
  8. »
  9. Bahagian Keselamatan Fizikal Dan…

Bahagian Keselamatan Fizikal Dan Penilaian Teknikal

Kami berjanji akan memberi perkhidmatan berkualiti seperti berikut:

  • Pengurusan permohonan penyewaan ruang pejabat dan mengeluarkan laporan bagi pemeriksaan ruang pejabat dalam tempoh 14 hari bekerja selepas tarikh akhir pemeriksaan dibuat dan dokumen lengkap diterima.
  • Menjalankan lawatan dan mengeluarkan maklumbalas dan khidmat nasihat berkaitan kelengkapan / peralatan keselamatan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pemeriksaan dijalankan dan dokumen lengkap diterima.
  • Pengurusan permohonan spesifikasi keselamatan bagi pengeluaran Pas Keselamatan, Kad Pengenalan Jabatan, Kad Kuasa dan Pas Akreditasi Persidangan selesai dalam tempoh 22 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  • Permohonan penilaian pemeriksaan validasi percetakan keselamatan di syarikat-syarikat percetakan yang memohon Kod Bidang 221607 (Cetakan Keselamatan) dan Kod Bidang 221608 (Cetakan Hologram).
  • Menyedia dan mengemukakan laporan penilaian pemeriksaan validasi percetakan keselamatan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pemeriksaan dijalankan dan dokumen lengkap diterima.
  • Permohonan penilaian spesifikasi teknikal perkhidmatan kawalan keselamatan dan menjalankan lawatan serta pemeriksaan merangkumi keanggotaan dan keperluan kelengkapan pengawal keselamatan.
  • Menyedia dan mengemukakan laporan penilaian teknikal dan penentuan keanggotaan perkhidmatan kawalan keselamatan kepada semua Agensi Kerajaan.
  • Membuat kajian, menilai garis panduan dan spesifikasi keselamatan perlindungan dari semasa ke semasa selaras dengan perkembangan sistem teknologi keselamatan.
  • Mendapatkan perakuan pihak Pengurusan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) dan mengedarkan garis panduan serta spesifikasi untuk kegunaan Pejabat CGSO dan semua Agensi Kerajaan.