Garis Panduan Membawa Dokumen Atau Maklumat Rahsia Rasmi Keluar Dari Pejabat Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Berkuat Kuasa
Pematuhan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan bagi membendung penularan wabak Pandemic Covid-19. Dalam tempoh PKP berkenaan, perkhidmatan awam membenarkan pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) selaras dengan Arahan Kehadiran Bertugas Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Negeri Selangor, Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bertarikh 21 Oktober 2020.
Klik SiniGaris Panduan Pelantikan Pengesah Jabatan
Garis panduan ini disediakan bertujuan untuk memberikan panduan kepada Pegawai
Bahagian Keselamatan Personel, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan
Malaysia (KPKK) dan Ketua Jabatan di Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan
berkenaan peranan dan pelantikan pengesah jabatan/agensi bagi Sistem e-Vetting 2.0