CGSO

Warna Font      
Saiz Tulisan A A +A
  1. Laman Utama
  2. »
  3. Info CGSO
  4. »
  5. Bahagian / Unit

Bahagian / Unit

  • Melaksanakan urusan perkhidmatan, pembangunan modal insan dan pembangunan organisasi Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan, JPM supaya mengikut pekeliling dan peraturan semasa;
  • Menyediakan dan memantau pengurusan kewangan dan peruntukan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan, JPM bagi memastikan agensi sentiasa mematuhi peraturan kewangan yang mencukupi untuk melancarkan pelaksanaan fungsi yang ditetapkan;
  • Melaksanakan pengurusan aset dan stor, pentadbiran am dan pengurusan fail dan rekod supaya mengikut pekeliling dan tatacara pengurusan yang sedang berkuatkuasa;
  • Memantau pelaksanaan program ICT bagi memastikan penggunaan ICT berjalan dengan lancar;
  • Menyelaras maklumat pengurusan dan pentadbiran di antara Ibu Pejabat CGSO dengana Pejabat CGSO Negeri.
  • Menyelaras urusan berkaitan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri, Mesyuarat KSU/KP dan mesyuarat di peringkat JPM.
  • Menyelaras urusan berkaitan persidangan parlimen.
  • Menjadi hub maklumat Pejabat CGSO dan menjalinkan perhubungan awam strategik melalui media sosial rasmi.
  • Bertanggungjawab secara langsung dengan Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan melibatkan pengurusan pentadbiran dan arahan dari semasa ke semasa oleh Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan.
  • PENGURUSAN ADUAN
Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan / maklumat mengenai salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
  • PENGUKUHAN INTEGRITI
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.
  • TADBIR URUS
Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.
  • PEMATUHAN
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
  • PENGESANAN DAN PENGESAHAN
Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil. Melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.
  • TATATERTIB
Melaksanakan fungsi urus setia lembaga tatatertib.
  • Merangka dan melaksanakan dasar, pekeliling, garis panduan, peraturan dan arahan berkaitan tapisan keselamatan.
  • Menguruskan permohonan dan mengeluarkan keputusan tapisan keselamatan terhadap penjawat awam di bawah lantikan  Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam  Persekutuan dan Negeri, Badan Berkanun, Agensi dan syarikat yang berkaitan dengan Kerajaan, sektor swasta yang memberi perkhidmatan di pelbagai Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan serta Modul Pembangunan Kerjaya yang terdiri daripada pelantikan Jawatan Utama Sektor Awam  (JUSA) dan Turus, pencalonan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC), Pelantikan Ahli Majlis (PAM), pelantikan Pegawai Contract of Services dan pelajar tajaan yang melanjutkan pelajaran keluar negara.
  • Merancang dan menjalinkan kerjasama strategik dengan PDRM dalam urusan temuduga tapisan keselamatan halus.
  • Memberi khidmat nasihat kepada pelbagai Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dan sektor swasta berkaitan serta Penghuni Sasaran Penting, Kawasan Larangan dan Tempat Larangan dalam urusan tapisan keselamatan.
  • Menjawab panggilan telefon (hotline) yang diterima dari pengguna Sistem e-Vetting 2.0 dan membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.
  • Menjawab aduan dan pertanyaan pengguna Sistem e-Vetting 2.0 melalui Modul Aduan Sistem e-Vetting 2.0.
  • Mengurus dan menentukan pelaksanaan dasar keselamatan perlindungan dokumen, maklumat rasmi serta rahsia rasmi mengikut peruntukan Akta Rashia Rasmi 1972 Temasuk Arahan Kelamatan (Semakan dan Pindaan 2017).
  • Mengurus dan mengemaskini rekod serta memberi konsultasi berkaitan pelantikan Pegawai Pengelas Seksyen 2B, Pegawai dan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan, Jawatan Keselamatan Berjadual dan Pendaftar Rahsia.
  • Memberi konsultasi pengurusan peta terhad dan data geospatial.
  • Mengurus dan memperuntukkan perkataan-perkataan kod (kod operasi).
  • Memberi konsultasi berkenaan pengurusan keselamatan bahan sulit peperiksaan Nasional.
  • Memberi konsultasi kepada Pendaftar Rahsia dan Pendaftar Kecil Rahsia berkenaan peraturan Sistem Pendaftaran Rahsia.
  • Mengurus tadbir tugas-tugas pemeriksaan dan siasatan khas berhubung pelanggaran keselamatan, kebocoran maklumat rahsia rasmi dan seumpamanya.
  • Memberi konsultasi berkaitan kaedah dan tatacara pelupusan dokumen/ bahan rasmi.
  • Merangka, menggubal dan mengemaskini Dasar Keselamatan Siber jabatan.
  • Merancang dan menyelaras program kesedaran keselamatan ICT di kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan.
  • Memeriksa dan memberi konsultasi keselamatan fizikal dan persekitaran pusat maklumat di kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan.
  • Mengurus dan menyelaras serta memberi konsultasi berhubung insiden pelanggaran keselamatan maklumat rahsia rasmi.
  • Mengurus tranformasi sistem penyampaian perkhidmatan bahagian contohnya pembangunan Sistem edaran Buku Arahan Keselamatan secara elektronik dan pangkalan data pengurusan rahsia rasmi.
  • Mengadakan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak berkaitan kajian dan penyelidikan pengurusan rahsia rasmi secara elektronik dan digital.
  • Mengurus dan memberi konsultasi pengelasan, pengelasan semula, pemusnahan, pengarkiban rahsia rasmi dalam persekitaran ICT.
  • Mengurus dan memberi konsultasi keselamatan mobile computing, cloud computing, penilaian source code sistem, e-mel dan enkripsi rahsia rasmi.
  • Mengurus dan memberi konsultasi pengurusan sanitasi media elektronik dan pemulihan data (data recovery) rahsia rasmi kerajaan.
  • Memberi konsultasi teknikal keselamatan perlindungan maklumat ICT di dalam pelbagai Jawatankuasa peringkat Nasional dan Agensi.
  • Menganggotai dan memberi input kepada pelbagai jawatankuasa dalam pembangunan dasar dan standard keselamatan ICT peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Menjadi kuasa pusat bagi merancang, merumus, menggubal dasar, peraturan dan pengurusan keselamatan maklumat rahsia rasmi dalam persekitaran ICT (data in-use, in-motion and at rest (storage).
  • Mengurus dan penyediaan laporan digital forensik bahan bukti (admissible evidence) mengikut keperluan perundangan bagi kes-kes kebocoran maklumat rahsia rasmi.
  • Memberi konsultansi berhubung dasar dan perlaksanaan langkah-langkah keselamatan bangunan meliputi semua cadangan pembinaan, pengubahsuaian, pembelian dan pemindahan pejabat-pejabat kerajaan di bangunan-bangunan kerajaan dan swasta di dalam dan di luar negeri.
  • Melakukan kajian dan penilaian teknikal terhadap peralatan, kelengkapan dan teknologi keselamatan fizikal yang sedia ada dan terbaharu di pasaran.
  • Memberi konsultansi dalam aspek penilaian teknikal sistem keselamatan bagi peralatan, kelengkapan dan teknologi keselamatan fizikal meliputi semua cadangan pembelian, kegunaan, kawalan dan keselamatan kelengkapan serta bahan-bahan rasmi yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang ingin digunakan di Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan.
  • Melaksanakan pemeriksaan dan penilaian keselamatan ke atas ruang pejabat yang disewa oleh Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan.
  • Melaksanakan fungsi sebagai kuasa pusat mengenai dasar dan pengeluaran Pas Keselamatan, Kad Pengenalan Jabatan, Kad Kuasa/ Kad Pelantikan bagi Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan serta pihak swasta yang berkaitan dengan instalasi Sasaran Penting dan Kawasan Larangan dan Tempat Larangan.
  • Mengkaji bagi menentukan spesifikasi dan ciri-ciri keselamatan terhadap dokumen rahsia rasmi, dokumen bernilai muka, dokumen terkawal kerajaan dan seterusnya memberikan pengesahan ke atas dokumen keselamatan yang hendak dicetak sebelum perolehan dilaksanakan agar mematuhi tahap keselamatan yang telah ditetapkan.
  • Memberi konsultasi berkenaan persediaan-persediaan keselamatan yang perlu bagi Persidangan Antarabangsa yang dianjurkan oleh Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan.
  • Menjalankan validasi keselamatan ke atas syarikat percetakan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang cetakan keselamatan.
  • Menentukan dasar dan peraturan yang berkaitan dengan perkhidmatan pengawal keselamatan kerajaan di Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan.
  • Melaksanakan dasar berkaitan urusan perkhidmatan pengawal keselamatan swasta berkaitan permohonan penggunaan perkhidmatan pengawal swasta daripada pelbagai Kementerian, Jabatan serta Agensi Kerajaan.
  • Melaksanakan tugas sebagai ahli jawatankuasa dalam penyediaan Laporan Jawatankuasa Penilaian Teknikal terhadapa syarikat kawalan keselamatan swasta yang menyertai tender/ sebutharga perkhidmatan kawalan keselamatan di pelbagai Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan.
  • Mengadakan lawatan pemeriksaan terhadap kawalan keselamatan kerajaan dan swasta di pelbagai Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan.
  • Melaksanakan pemantauan susulan secara berkala ke atas perkhidmatan pengawal keselamatan swasta di pelbagai Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan.
  • Mengkaji dan melaksanakan siasatan terhadap sebarang aduan mengenai perkhidmatan kawalan keselamatan swasta yang diterima daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan.
  • Melaksanakan Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan serta Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (Star Rating) di Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan.
  • Memberi panduan dan sesi libat urus (coaching session) berhubung Inspektorat Pematuhan dan Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (Star Rating).
  • Mengkaji dan menilai hasil dapatan Inspektorat Keselamatan serta memperakukan syor – syor penambahbaikan yang berterusan.
  • Mengemukakan hasil laporan Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan di Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan kepada pengurusan atasan dan pihak – pihak yang berwajib.
  • Memantau tindakan – tindakan pematuhan terhadap semua syor penambahbaikan.
  • Melaksanakan kajian dan penyelidikan untuk syor – syor penambahbaikan dan inovasi dalam pematuhan Keselamatan Perlindungan di semua Agensi Kerajaan.
  • Mengkaji, merangka dan menyelaras keperluan dan program latihan Keselamatan perlindungan untuk semua lapisan pegawai dan kakitangan Agensi Kerajaan, Badan Berkanun dan Syarikat Swasta yang berkaitan.
  • Mengkaji, merangka dan menyelaras keperluan dan program latihan Keselamatan Perlindungan untuk pegawai dan kakitangan Skim Keselamatan dan Pertahanan Awam (KP).
  • Menyelaras permohonan menghadiri latihan khusus dalam bidang Keselamatan Perlindungan bagi penjawat awam dan skim KP.
  • Mengkaji dan menyelaras penyediaan risalah/bahan latihan Keselamatan Perlindungan untuk semua lapisan penjawat awam.
  • Menyelaras permohonan untuk menghadiri kursus/bengkel/seminar yang berkaitan dengan perkhidmatan skim KP.
  • Menyelaras penyediaan Jadual Kursus dan Jadual Peperiksaan Perkhidmatan Skim Keselamatan dan Pertahanan Awam bagi setiap tahun.
  • Menjadi Urus Setia Panel peperiksaan Perkhidmatan yang menyelaras penyediaan, penggubalan kertas-kertas soalan peperiksaan, menyemak dan mengeluarkan keputusan-keputusan Peperiksaan Perkhidmatan Skim Keselamatan dan Pertahanan Awam.