CGSO

Warna Font      
Saiz Tulisan A A +A

Majlis bersama jabatan (MBJ) ialah sebuah medium dua hala, di mana dua pihak pekerja diberi saluran untuk berkomunikasi dengan pihak pengurusan dalam menyuarakan pendapat, pandangan dan serta menyumbangkan idea-idea yang bernas demi kepentingan dan kebaikan organisasi

MBJ diperkenalkan sebagai jentera perundingan diperingkat Jabatan sejak wujudnya “Interim Joint Council” pada tahun 1946 dan kemudiannya dinamakan Majlis Whitley Jabatan pada tahun 1950. Apabila Majlis Whitley Jabatan dibubarkan pada tahun 1969, kerajaan telah membuat kajian dan menyelaras bentuk dan perjalanan jentera perundingan ini dengan memperkenalkan penubuhan Majlis Bersama Jabatan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1973. Surat-surat Pekeliling Perkhidmatan seterusnya telah memberi perincian, penekanan dan pindaan terhadap pengoperasian MBJ di sesuatu organisasi.

Skop, bidang dan fungsi MBJ lebih menitikberatkan kepada kepentingan pekerja-pekerja dalam sesebuah organisasi. Di samping bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ia juga boleh dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara pihak pengurusan dan pekerja. MBJ yang aktif secara tidak langsung akan dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif.

Perkara yang boleh dibincang adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan keadaan bekerja kecuali yang menyentuh dasar kerajaan atau hal-hal peribadi. Walau bagaimanapun, isu berkaitan dasar boleh dibincangkan dengan tujuan menerangkan pelaksanaanya sahaja. Antara perkara-perkara yang boleh dibincangkan di dalam forum meliputi isu elaun dan kemudahan, kewangan, perkhidmatan, skim perkhidmatan dan perjawatan, kebajikan, pentadbiran dan hal-hal lain.

Di antara faedah yang boleh didapati daripada mesyuarat MBJ ialah dapat mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja, kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi, dan perpaduan.

SOAL JAWAB MENGENAI MAJLIS BERSAMA JABATAN

Tujuan MBJ di peringkat CGSO ditubuhkan adalah seperti berikut:-

  • Untuk memperoleh seluas-luas kerjasama antara CGSO dengan pegawai serta kakitangan CGSO dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan kerja dan kebajikan pekerja berkenaan
  • Untuk mengadakan jentera bagi mengurus soal-soal mengenai syarat bekerja; dan
  • Untuk mengumpul buah fikiran, pendapat dan pandangan daripada pekerja-pekerja melalui wakil rasmi CGSO.

Seperti mana dalam organisasi awam lain, MBJ CGSO terdiri dari kakitangan CGSO yang mewakili pihak pengurusan CGSO (yang disebut sebagai Pihak Pegawai) dan kakitangan yang terdiri dari gred 48 ke bawah (yang disebut Pihak Pekerja). Menurut perlembagaan MBJ, ahli Pihak Pegawai terdiri dari KP, CGSO dan 7 orang pegawai yang dilantik oleh KP yang mengetuai bahagian dan jabatan dalam CGSO. Manakala, Pihak Pekerja dianggotai oleh kakitangan yang dipilih. Seramai 20 orang anggota dipilih yang mewakili kumpulan pengurusan dan professional dan kumpulan sokongan. KP, CGSO akan mempengerusikan MBJ CGSO empat kali setahun. Dalam mesyuarat tersebut, wakil dari kedua-dua pihak akan mengutarakan isu dan pendekatan yang paling baik untuk menangani isu yang dibawa.

Skop isu yang boleh dibincangkan dalam MBJ adalah berkaitan perkara-perkara berikut:-

  • Hal kebajikan
  • Hal kewangan
  • Hal pentadbiran
  • Skim perkhidmatan dan perjawatan
  • Elaun dan kemudahan
  • Hal perkhidmatan
  • Hal-hal selain dari perkara-perkara yang menyentuh peraturan dan dasar kerajaan dan hal yang berkaitan orang perseorangan dan masalah peribadi.

Persoalan mengenai dasar dan peraturan kerajaan hendaklah dirujuk kepada agensi pusat dengan menyalurkannya kepada Pihak Kesatuan Sekerja atau Pihak Pekerja dalam Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) mengikut perkhidmatan masing-masing. Namun begitu, penjelasan atau penerangan lanjut mengenai perlaksanaan perkara dasar bolehlah dibawa kepada pihak MBJ.

Hal-hal perseorangan atau masalah peribadi seseorang anggota perkhidmatan awam seharusnya boleh diselesaikan secara pentadbiran sahaja. Skop yang diliputi oleh MBJ adalah lebih tertumpu kepada menjaga kepentingan bersama kumpulan pegawai atau kakitangan secara keseluruhan. Namun begitu, pihak MBJ boleh dirujuk dalam mengenalpasti bahagian atau jabatan berkaitan yang boleh memberi bantuan dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul.

Hal kebajikan
Perihal mengadakan pusat penjagaan anak-anak kakitangan, kemudahan pantry atau kantin dan lain-lain

Hal kewangan
Hal-hal mengenai pembayaran tuntutan elaun dan kemudahan perubatan atau peralatan serta isu pelarasan gaji dan lain-lain

Hal pentadbiran
Kemudahan/keselesaan ruang pejabat, keselamatan tempat kerja, kebersihan, penggiliran dalam melakukan kerja, peluang untuk latihan dan kursus, isu pakaian di tempat kerja, khidmat kaunseling dan lain-lain.

Skim perkhidmatan dan perjawatan
Hal berkaitan pengisian jawatan yang kosong, pemangkuan jawatan, pertambahan jawatan baru dan skim perkhidmatan yang bersesuaian dengan beban tugas dan lain-lain

Elaun dan kemudahan
Perihal elaun lebih masa, bayaran insentif, imbuhan tetap khidmat awam, peperiksaan kesihatan untuk pegawai 40 tahun ke atas dan laian-lain

Hal perkhidmatan
Hal berkaitan Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK), Anugerah Khidmat Cemerlang, Disiplin dan Tatatertib Laporan Penilaian Prestasi dan lain-lain

Secara umumnya, manfaat bersama yang boleh diperolehi oleh Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja adalah berikut :-

Hubungan dan Sikap Yang Positif hasil dari suasana kerja yang harmonis di atas interprestasi yang jelas mengenai satu-satu tugas yang akan dijalankan.

Kepuasan Pekerja apabila peluang yang diberi kepada pekerja menyuarakan pendapat serta bakat yang ditunjukkan oleh pihak pekerja diterima baik oleh Pihak Pegawai.

Peningkatan Produktiviti hasil dari fasiliti yang mencukupi dan bertepatan dengan fungsi kerja untuk kegunaan pekerja.

Penjimatan Kos apabila kos penyelenggaraan pejabat dikurangkan dengan budaya kerjasama dan perbincangan di pejabat

Kemajuan Kerjaya Pekerja hasil dari peningkatan diri pekerja dari segi percakapan dan keyakinan apabila menjalinkan hubungan komunikasi berkesan dengan Pihak Pegawai.

Sikap Hormat Menghormati hasil dari semangat silaturahim antara pengurusan dan pekerja

Penyelesaian Masalah-masalah yang dicapai melalui perbincangan dan mencari idea bagi penyelesaian masalah.

Kesetiaan para pekerja kepada organisasi apabila melihat Pihak Pegawai menunjukkan komitmen yang tinggi dan menghargai sumbangan para pekerja

Perpaduan dan cohesiveness organisasi
 apabila Pihak Pekerja berusaha melakukan sesuatu atas kepentingan ramai.

Mengurangkan Pengaduan hasil dari saluran yang disediakan untuk menerima maklum balas dan pengaduan dari pihak pihak awam.

Mengurangkan Kes ‘Surat Layang’ kerana terdapatnya mekanisma keterbukaan Pihak Pegawai dalam menerima isu dari Pihak Pekerja.

PERATURAN MESYUARAT

Mesyuarat-mesyuarat biasa bagi MBJ hendaklah diadakan 4 bulan sekali iaitu 3 kali setahun seperti yang ditetapkan di bawah Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2020.

MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) – CGSO,
SESI 2021-2022
 SENARAI NAMA AHLI WAKIL PIHAK PEGAWAI

Bil.MBJJawatan CGSOAhli Pihak Pegawai
1PengerusiKetua PengarahYBhg. Tuan Rahimi bin Ismail
2Pengerusi Gantian (Giliran)Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Dasar)Puan Julaila bt Engan
3Pengerusi Gantian (Giliran)Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Operasi) 
4Wakil Pihak Pengurusan CGSOPengarah Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP)Puan Nur Azhani binti Yunos
5Wakil Pihak Pengurusan CGSOPenolong Pengarah Seksyen KewanganPuan Ungku Azreena Dewi binti Ungku Chulan
6Wakil Pihak Pengurusan CGSOPenolong Pengarah Seksyen Pengurusan Sumber ManusiaPuan Nor Hidayah binti Mat Yusof
7Wakil Pihak Pengurusan CGSOPenolong Pengarah Seksyen PentadbiranPuan Siti Rozana binti Kamarudin
8Setiausaha Ketua Pembantu Tadbir Seksyen PentadbiranEncik Ahmad Rafidi bin Rahmat

SENARAI NAMA AHLI WAKIL PIHAK PEKERJA

Bil. Gred Jawatan MBJ Ahli Pihak Pekerja
1 Pengerusi Bersama/ Pengerusi Pihak Pekerja/ Wakil Gred 44 Encik Syarifuddin bin Palawa
2 Naib Pengerusi Pihak Pekerja / “ Wakil Gred 44 Encik Azmi bin Embi
3 Naib Pengerusi Pihak Pekerja / “ Wakil Gred 44 Puan Fizrina binti Ismail
4 Wakil Gred 41 Encik Kannan A/L Nagappan 
5 Wakil Gred KP38 Encik Mohamad Hanif bin Abdul Rahman
6 Wakil Gred 32 Puan Noor Adelinnie binti Mohd Napis
7 Wakil Gred 32 Encik Hafizi bin Ibrahin
8 Setiausaha Bersama Pihak Pekerja/Wakil Gred 29 Encik Masfairuddin bin Masjidil
9 Wakil Gred 29 Puan Noraminah binti Ismil 
10 Wakil Gred 29 Encik Amirul Izzat bin Mat Zain
11 Wakil Gred KP26 Encik Mohamed Hafiz bin Mohamed Yusoff
12 Wakil Gred 22 Puan Nur Hasyimah binti Hassan
13 Wakil Gred 22 Puan Faridah binti Agos Salim
13 Wakil Gred 22 Encik Mohd Riza bin Mohd Sirat
14 Wakil Gred 19 Encik Lokman Hakim bin Nawawi
15 Wakil Gred 19 Puan Wan Rohaini binti Ismail
16 Wakil Gred 19 Encik Muhammad Kusyairi bin Abdullah
17 Wakil Gred 11 Puan Mashidayu binti Ahmad
18 Wakil Gred 11