CGSO

Warna Font      
Saiz Tulisan A A +A

Bahagian Sasaran Penting & Kawasan Larangan Tempat Larangan

Kami berjanji akan memberi perkhidmatan berkualiti seperti berikut:

  • Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Pusat Sasaran Penting (JPSP).
  • Mengeluarkan notis makluman Mesyuarat JPSP kepada ahli-ahli dalam masa 10 hari bekerja sebelum mesyuarat.
  • Mengedarkan kertas pertimbangan JPSP kepada ahli-ahli dalam masa 10 hari bekerja.
  • Menyiapkan minit mesyuarat JPSP dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh mesyuarat diadakan.
  • Mengedarkan minit mesyuarat JPSP kepada ahli-ahli dalam masa 10 hari bekerja.
  • Mengedarkan cabutan minit mesyuarat JPSP kepada Setiausaha Jawatankuasa Sasaran Penting Negeri dan agensi yang berkaitan dalam masa 7 hari bekerja.
  • Mendapatkan maklumbalas mesyuarat JPSP daripada ahli-ahli dalam tempoh 10 hari bekerja.
  • Menjadi urusetia Tim Naziran Sasaran Penting.
  • Mengeluarkan notis makluman Mesyuarat Tim Naziran Sasaran Penting kepada ahli-ahli dalam masa 10 hari bekerja sebelum mesyuarat.
  • Menyiapkan minit Mesyuarat Tim Naziran Sasaran Penting dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh mesyuarat diadakan.
  • Mengedarkan minit Mesyuarat Tim Naziran Sasaran Penting kepada ahli-ahli dalam masa 10 hari bekerja.
  • Mendapatkan maklumbalas Mesyuarat Tim Naziran Sasaran Penting daripada ahli-ahli dalam tempoh 10 hari bekerja.
  • Mengurus pengisytiharan/pembatalan Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).
  • Menyiapkan deraf perintah pengisytiharan/pembatalan Kawasan Larangan dan Tempat Larangan untuk dihantar kepada Jabatan Peguam Negara dalam tempoh 5 hari bekerja.
  • Menghantar deraf perintah pengisytiharan/pembatalan yang telah disemak oleh Jabatan Peguam Negara kepada Pejabat Y.B Menteri Dalam Negeri untuk ditandatangani dalam tempoh 3 hari bekerja.
  • Menghantar perintah pengisytiharan/pembatalan Kawasan Larangan dan Tempat Larangan yang telah ditandatangani oleh Y. B Menteri Dalam Negeri kepada pemohon dalam tempoh 3 hari bekerja.
  • Menjalankan pemeriksaan di semua instalasi Sasaran Penting keutamaan I dan Keutamaan II dan Kawasan Larangan/ Tempat Larangan.
  • Menjalankan pemantauan terhadap semua instalasi Sasaran Penting agar mematuhi peraturan seperti mana digariskan dalam Arahan Tetap Sasaran Penting.
  • Mengemukakan laporan pemeriksaan keselamatan Sasaran Penting dan Kawasan Larangan/Tempat Larangan kepada penghuni/pemilik dalam masa 22 hari bekerja selepas pemeriksaan dijalankan.
  • Menjalankan pemeriksaan keselamatan fizikal di semua pepasangan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan.
  • Menguruskan kelulusan penerbangan di Putrajaya dalam masa 3 hari bekerja.
  • Menguruskan khidmat nasihat berkaitan permohonan pembinaan bangunan dan pembangunan berdekatan Sasaran Penting dan Kawasan Larangan/Tempat Larangan.