CGSO

Warna Font ย  ย  ย 
Saiz Tulisan A A +A
  1. Laman Utama
  2. ยป
  3. Info CGSO
  4. ยป
  5. Piagam Pelanggan
  6. ยป
  7. Piagam Pelanggan Bahagian
  8. ยป
  9. Institut Latihan Keselamatan Perlindungan…

Institut Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia (ILKEM)

  • Memuat naik Jadual Peperiksaan Perkhidmatan ke dalam laman sesawang Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia selewat-lewatnya 15 Januari setiap tahun.
  • Mengedarkan surat arahan peperiksaan kepada calon peperiksaan dalam tempoh 10 hari bekerja sebelum tarikh peperiksaan.
  • Memastikan semua keputusan peperiksaan dihantar kepada calon-calon peperiksaan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan mesyuarat panel peperiksaan.
  • Memuat naik Program Latihan Tahunan ke dalam laman sesawang Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia selewat-lewatnya sebelum 1 Januari setiap tahun.
  • Mengadakan Program Latihan Keselamatan Perlindungan sekurang-kurangnya 80% daripada program yang dirancang setiap tahun.
  • Memastikan status penerimaan calon peserta kursus/latihan dimaklumkan kepada pemohon selewat- lewatnya 3 hari bekerja sebelum tarikh kursus/latihan.