CGSO

Warna Font      
Saiz Tulisan A A +A
  1. Laman Utama
  2. »
  3. Perkhidmatan
  4. »
  5. Institut Latihan Keselamatan Perlindungan…

Institut Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia

Portal Rasmi Institut Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia (ILKEM)

Latihan dan Kompetensi

Soalan Lazim

  1. S : Apakah kursus-kursus yang ditawarkan oleh Institut Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia?
    J : Kursus-kursus yang ditawarkan oleh Institut Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia boleh dirujuk melalui laman sesawang https://www.cgso.gov.my 
  2. S : Bagaimanakah caranya untuk memohon kursus yang ditawarkan?
    J : Permohonan kursus boleh dibuat melalui borang permohonan yang boleh diperolehi melalui laman sesawang https://www.cgso.gov.my dan dihantar ke Institut Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia.
  3. S : Apakah tujuan peperiksaan bagi pengesahan dalam perkhidmatan dilaksanakan?
    J : Peperiksaan bagi pengesahan dalam perkhidmatan bertujuan untuk menilai pengetahuan asas mengenai dasar dan peraturan perkhidmatan dan pentadbiran yang berkaitan dengan skim perkhidmatan pegawai berkenaan.
  4. S : Apakah maksud Subjek Umum?
    J : Subjek Umum adalah perkara asas kompetensi yang perlu diketahui oleh semua pegawai dalam perkhidmatan awam.
  5. S : Apakah maksud Subjek Jabatan?
    J : Subjek Jabatan adalah perkara khusus bagi melaksanakan bidang tugas dalam sesuatu skim perkhidmatan.
  6. S : Apakah tujuan peperiksaan khas bagi Peningkatan Secara Lantikan (PSL) diadakan?
    J : Peperiksaan khas bagi Peningkatan Secara Lantikan (PSL) bertujuan untuk menilai pengetahuan, kemahiran dan potensi pegawai bagi tujuan peningkatan dari suatu skim perkhidmatan ke skim perkhidmatan lain yang lebih tinggi berdasarkan kelayakan yang telah ditetapkan.
  7. S : Bilakah Peperiksaan Perkhidmatan Skim Keselamatan dan Pertahanan Awam dilaksanakan?
    J : Maklumat berkaitan Peperiksaan Perkhidmatan Skim Keselamatan dan Pertahanan Awam boleh diperolehi melalui laman sesawang https://www.cgso.gov.my.
  8. S : Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan bagi mengambil Peperiksaan Perkhidmatan Skim Keselamatan dan Pertahanan Awam?
    J : Permohonan Peperiksaan Perkhidmatan Skim Keselamatan dan Pertahanan Awam boleh dibuat melalui borang permohonan yang boleh diperolehi melalui laman sesawang https://www.cgso.gov.my dan dihantar ke Institut Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia atau melalui emel kompetensi@cgso.gov.my.
  9. S : Siapakah yang layak untuk mengambil Peperiksaan Perkhidmatan Skim Keselamatan dan Pertahanan Awam?
    J : Mana-mana pegawai awam skim Keselamatan dan Pertahanan Awam (KP) lantikan baharu yang masih belum disahkan jawatan.
  10. S : Di manakah Peperiksaan Perkhidmatan Skim Keselamatan dan Pertahanan Awam ini akan dilaksanakan?
    J : Pusat-pusat peperiksaan akan ditentukan oleh Urus Setia Peperiksaan, Pejabat Ketua Pegawai keselamatan Kerajaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri.
  11. S : Bilakah keputusan Peperiksaan Perkhidmatan Skim Keselamatan dan Pertahanan Awam akan diperolehi?
    J : Semua keputusan peperiksaan dihantar kepada calon-calon peperiksaan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan mesyuarat panel peperiksaan dilaksanakan.