CGSO

Warna Font      
Saiz Tulisan A A +A
  1. Laman Utama
  2. »
  3. Perkhidmatan
  4. »
  5. Tapisan Keselamatan

Tapisan Keselamatan

“Tapisan Keselamatan” bermaksud satu proses yang dapat membantu menentang kegiatan-kegiatan subversif, espionaj, sabotaj dan keganasan sama ada dari dalam atau luar negara. Proses ini mampu mengenal pasti kelemahan keperibadian pegawai awam yang memungkinkan mereka terlibat dengan pendedahan maklumat rahsia rasmi.

Tapisan Keselamatan Kasar

  1. “Tapisan Keselamatan Kasar” ialah proses asas yang digunakan bagi menapis pegawai awam, komuniti keselamatan yang dikehendaki melihat rahsia rasmi setakat peringkat “Sulit” atau perkara-perkara yang boleh menjejaskan keselamatan perlindungan.
  2. Permohonan Tapisan Keselamatan Kasar boleh dibuat melalui Sistem e-Vetting 2.0
    Link evetting (https://evetting.cgso.gov.my/cgso/login.jsf)
  3. Carta Alir Tapisan Keselamatan Kasar kepada pegawai awam dan sektor swasta

Tapisan Keselamatan Halus

  1. “Tapisan Keselamatan Halus” ialah proses teliti yang digunakan bagi menapis pegawai awam, komuniti keselamatan yang dikehendaki melihat rahsia rasmi pada peringkat “Rahsia” atau “Rahsia Besar” atau perkara-perkara yang boleh memudaratkan keselamatan perlindungan.
  2. Permohonan Tapisan Keselamatan Halus boleh dibuat melalui Sistem e-Vetting 2.0
    Link evetting (https://evetting.cgso.gov.my/cgso/login.jsf)

Tapisan Keselamatan Semula

  1. “Tapisan Keselamatan Semula” ialah proses tapisan keselamatan yang dilaksanakan bagi menapis semula pegawai awam bagi menjamin kesetiaan, keutuhan dan integrity seseorang sepanjang perkhidmatannya.
    • Info Grafik Tapisan Keselamatan Semula