CGSO

Warna Font      
Saiz Tulisan A A +A
  1. Laman Utama
  2. »
  3. Info CGSO
  4. »
  5. Piagam Pelanggan
  6. »
  7. Piagam Pelanggan Bahagian
  8. »
  9. Bahagian Sasaran Penting Dan…

Bahagian Sasaran Penting Dan KLTL

KAMI BERJANJI AKAN MEMBERI PERKHIDMATAN BERKUALITI SEPERTI BERIKUT:

Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Pusat Sasaran Penting (JPSP);
Mengeluarkan notis makluman Mesyuarat JPSP kepada ahli-ahli dalam masa 10 hari bekerja sebelum mesyuarat;
Mengedarkan kertas pertimbangan JPSP kepada ahli-ahli dalam masa 10 hari bekerja ;
Menyiapkan minit mesyuarat JPSP dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh mesyuarat diadakan;
Mengedarkan minit mesyuarat JPSP kepada ahli-ahli dalam masa 10 hari bekerja;
Mengedarkan cabutan minit mesyuarat JPSP kepada Setiausaha Jawatankuasa Sasaran Penting Negeri dan agensi yang berkaitan dalam masa 7 hari bekerja;
Mendapatkan maklumbalas mesyuarat JPSP daripada ahli-ahli dalam tempoh 10 hari bekerja;
Menjadi urusetia Tim Naziran Sasaran Penting;
Mengeluarkan notis makluman Mesyuarat Tim Naziran Sasaran Penting kepada ahli-ahli dalam masa 10 hari bekerja sebelum mesyuarat;
Menyiapkan minit Mesyuarat Tim Naziran Sasaran Penting dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh mesyuarat diadakan;
Mengedarkan minit Mesyuarat Tim Naziran Sasaran Penting kepada ahli-ahli dalam masa 10 hari bekerja;
Mendapatkan maklumbalas Mesyuarat Tim Naziran Sasaran Penting daripada ahli-ahli dalam tempoh 10 hari bekerja;
Mengurus pengisytiharan/pembatalan Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298);
Menyiapkan deraf perintah pengisytiharan/pembatalan Kawasan Larangan dan Tempat Larangan untuk dihantar kepada Jabatan Peguam Negara dalam tempoh 5 hari bekerja.
Menghantar deraf perintah pengisytiharan/pembatalan yang telah disemak oleh Jabatan Peguam Negara kepada Pejabat Y.B Menteri Dalam Negeri untuk ditandatangani dalam tempoh 3 hari bekerja.
Menghantar perintah pengisytiharan/pembatalan Kawasan Larangan dan Tempat Larangan yang telah ditandatangani oleh Y. B Menteri Dalam Negeri kepada pemohon dalam tempoh 3 hari bekerja.
Menjalankan pemeriksaan di semua instalasi Sasaran Penting keutamaan I dan Keutamaan II dan Kawasan Larangan/ Tempat Larangan;
Menjalankan pemantauan terhadap semua instalasi Sasaran Penting agar mematuhi peraturan seperti mana digariskan dalam Arahan Tetap Sasaran Penting;
Mengemukakan laporan pemeriksaan keselamatan Sasaran Penting dan Kawasan Larangan/Tempat Larangan kepada penghuni/pemilik dalam masa 22 hari bekerja selepas pemeriksaan dijalankan;
Menjalankan pemeriksaan keselamatan fizikal di semua pepasangan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan;
Menguruskan kelulusan penerbangan di Putrajaya dalam masa 3 hari bekerja;
Menguruskan khidmat nasihat berkaitan permohonan pembinaan bangunan dan pembangunan berdekatan Sasaran Penting dan Kawasan Larangan/Tempat Larangan;

Tarikh Akhir Kemaskini: 21-02-2017