CGSO

Warna Font      
Saiz Tulisan A A +A
  1. Laman Utama
  2. »
  3. Perkhidmatan
  4. »
  5. CGSO
  6. »
  7. Sasaran Penting dan Kawasan…

Sasaran Penting dan Kawasan Larangan Tempat Larangan

1. Pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sasaran Penting (JPSP) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri bagi menimbang, memperakukan dan menilai semula status keutamaan, mengekal atau mengeluarkan sesuatu instalasi Sasaran Penting melalui analisis dignostik risiko mengenai impak besar kepada ekonomi, keselamatan, imej dan kelangsungan pentadbiran negara selaras dengan Arahan Tetap Sasaran Penting, 1993;

2. Pengurusan Mesyuarat Tim Naziran Sasaran Penting secara berkala yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan bagi menilai kepentingan perkhidmatan instalasi Sasaran Penting Negara, kesan kepada negara jika ianya musnah, keberdaya tahanan sistem keselamatan, keupayaan mengawal ancaman, risiko dan krisis, plan strategik mekanisma keselamatan masa hadapan dan perancangan kontigensi dalam menghadapi bencana;

3. Pelaksanaan Naziran Sasaran Penting Bersama Tim Naziran Sasaran penting bagi pemantauan secara berterusan di instalasi Sasaran Penting untuk memastikan semua penghuni / operator mematuhi jaminan standard dan kepatuhan kepada Dasar Keselamatan Sasaran Penting Kebangsaan;

4. Pelaksanaan Teras 6, Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) mengikut rangka masa dan rangka kerja yang ditetapkan oleh stakeholder melalui laporan kemajuan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri;

5. Pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Keselamatan Perlindungan Infrastruktur Utama Negara dan soft target yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan dengan koordinasi bersama agensi perisikan dan keselamatan negara untuk mengkaji, menilai tahap ancaman keganasan di tempat-tempat awam dan infrastruktur utama negara melalui laporan keberdaya tahanan dan dignostik risiko secara berterusan selaras dengan arahan Jemaah Menteri pada 7 Mac 2018 bagi Meningkatkan Keselamatan Tempat dan Kemudahan Awam Daripada Ancaman Pengganas;

6. Pengurusan Permohonan Pengisytiharan / Pindaan / Pembatalan Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah peruntukan-peruntukan Seksyen 4 atau Seksyen 5 Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298);

7. Pelaksanaan Pemeriksaan Keselamatan Fizikal Kawasan Larangan dan Tempat Larangan bagi pemantauan secara berterusan ke atas premis / instalasi Kawasan Larangan dan Tempat Larangan untuk memastikan semua penghuni / operator mematuhi jaminan standard dan kepatuhan kepada perundangan Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298);

8. Pengurusan Permohonan penerbangan di W.P. Putrajaya selaras dengan Garis Panduan Pengurusan Permohonan Penerbangan Di Kawasan Putrajaya (AK. KPKK(SP)02.2005);

9. Pengurusan Permohonan Kelulusan Penerbangan UAS/Dron berhampiran KLTL di seluruh negara selaras dengan Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 Sistem Kapal Udara Tanpa Pemandu Seksyen XVI: perenggan 140 hingga 144; dan

10. Khidmat nasihat berhubung pembinaan bangunan berhampiran dengan Sasaran Penting dan Kawasan Larangan Tempat Larangan.