Kami berjanji akan memberi perkhidmatan berkualiti seperti berikut:
- Menyediakan surat penyelarasan operasi penghantaran bahan sulit peperiksaan di peringkat nasional dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja sebelum operasi dilaksanakan.
- Mengemaskini maklumat pengendali rahsia rasmi (Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ) Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan (PPKJ) Jawatan Keselamatan Berjadual (JKB), Pendaftar Rahsia dan Pegawai Pengelas Seksyen 2B, Akta Rahsia Rasmi 1972) dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
- Memberikan konsultasi pengurusan rahsia rasmi dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
- Konsultasi dan bimbingan dalam keselamatan fizikal dan persekitaran pusat data serta Pengurusan Rahsia Rasmi dalam Persekitaran ICT di Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
- Memberi pertimbangan kelulusan permohonan perkataan kod dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
- Membuat edaran Buku Arahan Keselamatan serta garis panduan pengurusan rahsia rasmi dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.