CGSO

Warna Font      
Saiz Tulisan A A +A
  1. Laman Utama
  2. »
  3. Info CGSO
  4. »
  5. Piagam Pelanggan
  6. »
  7. Piagam Pelanggan Bahagian
  8. »
  9. Bahagian Keselamatan Personel

Bahagian Keselamatan Personel

KAMI BERJANJI AKAN MEMBERI PERKHIDMATAN BERKUALITI SEPERTI BERIKUT:

Pengurusan Tapisan Keselamatan Secara e-Vetting 2.0:-

  1. Memproses permohonan tapisan keselamatan yang lengkap daripada agensi kerajaan dan swasta dalam masa tidak melebihi tiga (3) hari bekerja;
  2. Temuduga tapisan keselamatan halus bagi calon dan pengadil yang hadir pada sesi temuduga dapat dilaksanakan dalam tempoh satu (1) hari bekerja; dan
  3. Menyemak dan mengeluarkan sijil kelulusan tapisan keselamatan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan keputusan daripada Panel Siasatan.

Pengurusan Tapisan Keselamatan Secara Manual

Memproses borang permohonan tapisan keselamatan yang lengkap daripada agensi kerajaan dan swasta dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja;

Memproses permohonan dan mengeluarkan keputusan tapisan keselamatan kasar bagi pembangunan kerjaya daripada agensi kerajaan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja;

Mengembalikan semula permohonan tapisan keselamatan yang tidak lengkap kepada pemohon dalam tempoh lima (5) hari bekerja;

Temuduga tapisan keselamatan halus bagi calon dan pengadil yang hadir pada sesi temuduga dapat dilaksanakan dalam tempoh satu (1) hari bekerja; dan

Menyemak dan mengeluarkan sijil kelulusan tapisan keselamatan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan keputusan daripada Panel Siasatan.

Tarikh Akhir Kemaskini: 23-03-2017