CGSO

Warna Font      
Saiz Tulisan A A +A
  1. Laman Utama
  2. »
  3. Perkhidmatan
  4. »
  5. Keselamatan ICT dan Rahsia…

Keselamatan ICT dan Rahsia Rasmi

Seksyen Keselamatan Perlindungan Maklumat ICT

  • Mengurus, merancang dan menggubal dasar keselamatan perlindungan dokumen dan maklumat rasmi dan rahsia rasmi dalam persekitaran ICT mengikut peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Arahan Keselamatan.
  • Mengurus, menyemak dan mengesah Arahan/ SOP dalaman dari agensi luar mengenai keselamatan rahsia rasmi dalam persekitaran ICT.
  • Mengurus dan memberi konsultasi keselamatan fizikal dan persekitaran pusat data maklumat di kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.
  • Mengurus dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan keselamatan maklumat rahsia rasmi dalam persekitaran ICT sektor awam.
  • Mengurus dan memberi konsultasi pengurusan rahsia rasmi dalam persekitaran ICT seperti pengelasan, pengelasan semula dan pelupusan.
  • Mengurus dan memberi konsultasi laporan insiden kehilangan dan kebocoran rahsia rasmi dalam persekitaran ICT serta mengurus data dari sistem komputer (forensik komputer) melibatkan peranti digital, media storan berhubung ketirisan maklumat rahsia rasmi.
  • Mengadakan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak berkaitan kajian dan penyelidikan pengurusan rahsia rasmi secara elektronik dan digital.
  • Merancang dan mengurus konsultasi teknikal keselamatan perlindungan ICT di dalam Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Kerja Tetap di peringkat Nasional yang di urusetiakan oleh pelbagai Kementerian/Jabatan.
  • Menganggotai dan memberi konsultasi kepada pelbagai jawatankuasa kerja pembangunan dasar dan standard keselamatan ICT peringkat Nasional dan antarabangsa.
  • Merancang dan menyelaras program kesedaran keselamatan untuk maklumat pegawai awam di Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan.

Seksyen Pengurusan Rahsia Rasmi

  • Mengurus, merancang dan menggubal pelaksanaan dasar keselamatan perlindungan dokumen dan maklumat rasmi dan rahsia rasmi mengikut peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Arahan Keselamatan.
  • Mengurus dan menentukan undang-undang Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Arahan Keselamatan serta pekeliling berkaitan dipatuhi sepenuhnya.
  • Mengurus, menyemak dan mengesah Arahan/ SOP Dalaman dari agensi luar mengenai keselamatan rahsia rasmi.
  • Mengurus dan mengemaskini rekod pelantikan pegawai pengelas di bawah Seksyen 2B, Akta Rahsia Rasmi 1972, Pegawai Keselamatan Jabatan (PKJ), Jawatan Keselamatan Berjadual (JKB) dan Pendaftar Rahsia.
  • Mengurus, merumus dan memberi konsultasi berkaitan pengelasan, pengelasan semula, kawalan dan percetakan dokumen rasmi serta rahsia rasmi Kerajaan.
  • Mengurus dan memberi konsultasi pengurusan peta terhad dan geospatial.
  • Mengurus dan memperuntukkan perkataan-perkataan kod (kod operasi).
  • Mengurus dan memberi konsultasi berkenaan pengendalian bahan sulit peperiksaan Nasional.
  • Mengurus dan memberi konsultasi serta mendidik Pendaftar Rahsia berkenaan dengan pengurusan Pendaftaran Rahsia.
  • Mengurus, mengawal dan membuat edaran Buku Arahan Keselamatan kepada agensi Kerajaan.
  • Mengurus, mengurus tugas-tugas pemeriksaan dan siasatan secara berkumpulan dalam perkara pelanggaran keselamatan, ketirisan maklumat rahsia rasmi.